Hari ini Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, YB Ust Dr. Khairuddin at-Takiri telah merasmikan Majlis Pelancaran Aplikasi RRIMniaga Peringkat Negeri Perak di IKBN Seri Iskandar, Perak. Dalam majlis ini dapat dilihat wajah wajah penoreh, pekebun dan pengusaha getah yang mahukan suatu pembaharuan dan lonjakan bagi getah.
RRIMniaga merupakan salah satu usaha KPPK menerusi LGM bagi menaikkan industri ini.
Dari huluan hingga hiliran tidak kita lupakan.
Bersama sama kita jayakan usaha ini. Turut hadir, YB Khairul Shahril Bin Mohamed, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Bota, YB Khairuddin Bin Abu Hanipah, ADUN Belanja dan YBrs. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha KPPK.
Turut sama, YH Dato Dr Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah LGM, YBrs Tuan Haji Muhammad Ismi Hj Mat Taib, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia Properties Corporation (LGMPC), YBrs. Mohd Arif Bin Ismail, Pengarah RISDA Negeri Perak, YBrs. Wan Mohd Ridhuan Bin Mohamad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Perak dan YBrs. Puan Rozalinawati Binti Che Roslee, Pegawai Daerah Perak Tengah.