Terengganuku

Terengganuku

165% peningkatan pelancongan di Terengganu sangat luar biasa.

Di Zoo Kemaman sahaja pengunjung pernah mencapai hampir 4000 orang dalam tempoh satu hari.

Sejarah paling ramai sejak daripada penubuhannya.

Berpuluh-puluh ribu pengunjung hadir di tempat-tempat popular di Terengganu setiap bulan terutama selepas kebenaran rentas negeri termasuklah Draw Bridge.

Dan semalam pulang dari Pulau Kapas yang juga dilimpahi dengan manusia daripada jeti sehingga di pulau, kami lalu di Pantai Dungun, sepanjang pantai juga penuh dengan kereta.

Di WaterPark sebelah Bukit Harimau Menangis pun, kebiasaannya hampir atau lebih 100 buah kereta pengunjung.

Di muzium negeri sejak pembukaan Kampung Budaya pada petang Khamis lalu, pada hari yang sama telah dikunjungi lebih 3000 orang.

Dan kini setiap hujung minggu, pantai-pantai terdekat dengan kawasan kami biasanya akan penuh dengan manusia.

Saya pun hampir setiap minggu akan ke pantai.

Apabila Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu katakan peningkatan dengan jumlah setinggi itu, saya terkejut tetapi tidak hairan kerana saban hari lambakan manusia akan berkunjung.

Oleh itu, rajin-rajinkanlah diri anda berkunjung ke negeri kami.

Negeri cantik. Budaya menarik.

Orangnya insyaAllah baik.

Nak cari jodoh juga, eh macam menarik.


Terengganu Maju Berkat Sejahtera

Nadhirah Alias

Pelancongan