Pulau Bidong adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi rakyat negeri Terengganu.
Pulau tersebut telah dijadikan sebagai pusat penempatan sementara pelarian Vietnam satu keyika dahulu.
Hari ini YB Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu dan rombongan telah mengadakan lawatan ke sekitar Pulau Bidong bagi melihat sektor pelancongan di pulau ini.
Disamping itu kerajaan negeri akan berusaha untuk menambahbaikan infrastruktur pelancongan sedia ada di sini.
Turut hadir ialah Tuan Haji Che Muhamad Azmi Bin Ngah, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu serta Pegawai.











