Membetulkan Kefahaman Mengenai Pembentukan Kerajaan

Membetulkan Kefahaman Mengenai Pembentukan Kerajaan

Pembentukan kerajaan baharu ini merupakan kerajaan campuran, bukan kerajaan perpaduan.

Kerajaan perpaduan terjadi apabila semua parti bersetuju membentuk kerajaan dan tiada pihak pembangkang.

Kerajaan ini jelas tidak disertai oleh semua parti.

YDPA tidak pernah menyatakan bahawa kerajaan baharu ini merupakan kerajaan perpaduan.

Ini bukan kerajaan perpaduan, sebaliknya kerajaan campuran yang diterajui oleh Pakatan Harapan.

YDPA hanya mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan ketika tempoh parlimen tergantung, tetapi ternyata tidak berlaku demi menghormati hasrat pengundi.

Ini juga bukan kerajaan YDPA.

Terma ini digunakan bagi menghalalkan segala tingkah laku yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti dan kehendak pengundi.

Hakikatnya terma ini tidak wujud dan hanya permainan politik bagi mengaburkan mata rakyat.

Hentikan menunggangi YDPA bagi menghalalkan segala tingkah laku kerajaan baharu.

Mustahil YDPA berkompromi dalam melantik individu yang mempunyai kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tidak mungkin juga YDPA akan mengganggu keputusan Perdana Menteri dalam melantik ahli kabinet.

Sokongan yang ada pada kerajaan sekarang hanyalah secara en bloc dan belum terbukti mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan rakyat.

Hanya usul undi percaya pada 19 Disember 2022 ini di parlimen akan membuktikan keabsahan kerajaan campuran ini.

Jika undi percaya tidak berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak dengan istilah seperti khianat kerana pada situasi sekarang, pemilihan Perdana Menteri dibuat melalui ketua parti, bukan melalui ahli dewan rakyat secara individu.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Isu Semasa