Pagi ini YB Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia telah menghadiri Majlis Serahan Replika Cek Sumbangan untuk Program Pengindahan Dataran Alamanda di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu.
Beliau juga turut menyampaikan kata-kata semangat kepada warga pengajar sekolah berkenaan.
“Saya sangat gembira hari ini kerana dapat bersama guru-guru serta sahabat-sahabat dari Kaum Cina, India dan Melayu, kata Amzad.
Beliau juga turut melahirkan rasa bersyukur dan gembira kerana dapat berkumpul bersama untuk menjayakan majlis yang penuh harmoni ini.
“InsyaAllah, ini bukan kali pertama dan terakhir saya memberikan bantuan seumpama ini kepada pihak sekolah, namun untuk masa-masa akan datang juga turut berusaha untuk membantu lagi bagi memastikan kecemerlangan SMK Chung Hwa ini,” tambah Amzad lagi.
YB Ahmad Amzad juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu.



