Apa Yang Melayu Patut Belajar Dari Cina DAP

Apa Yang Melayu Patut Belajar Dari Cina DAP

Demi survival bangsa Melayu/Islam, setiap pengundi yang Melayu/Islam wajib mengundi Perikatan Nasional (PN) pada PRN di 6 buah negeri nanti.

Tindakan ini bukan sesuatu yang tiada premisnya.

Hari ini DAP menjadi kuat dan teguh adalah kerana kaum Cina bersolidariti dalam DAP dan mengundi mereka.

Dengan sokongan dominan itu, hari ini DAP dapat memerintah negara dengan bantuan segelintir barua Melayu.

Dengan kuasa di tangan, beberapa kepentingan kaum mereka diberi keutamaan.

Hak-hak Melayu di negeri-negeri majoriti Melayu seperti royalti petroleum cuba dinafikan.

Sebaliknya berbillion ringgit pula akan dibawa melalui projek LRT di Pulau Pinang.

Bukankah ini umpama mengambil ‘harta’ orang Melayu dan diberikan kepada ‘pihak yang menunjangi kekuatan kerajaan’?

Kita patut belajar mengapa hari ini makin menjadi-jadi protes terhadap laungan azan?

Adakah orang berani mengusik amalan kita sejak zaman nenek moyang kerana mereka berasa gah dan kita dipandang lemah?

Dapatkah diberi nama jalan Dr Chen Man Hin jika mereka tidak berasa kuat dan kita dapat diperintah?

Jalur yang hampir sama dilakukan di mana suatu ketika dulu tulisan Jawi dipadam dan digantikan dengan tulisan Cina pada nama jalan di Selangor.

Kita tidak bimbang sekiranya PN dan UMNO/BN terus bertegang urat di Kelantan dan Terengganu.

Kalah atau menang, azan tetap berkumandang dengan lantang.

Tetapi jika 20% sahaja pengundi Melayu memberi undi kepada PH/BN di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang maka ruang untuk DAP terus berkuasa dan menunjukkan jantannya akan lebih melukakan.

Tidak lama lagi akan diisytiharkan beberapa bekas pemimpin besar UMNO menyertai PAS dan BERSATU.

Sewajarnya ahli-ahli UMNO yang sedar akan kemelut bangsa sekarang turut mengambil langkah yang sama.

Untuk menumbangkan hegemoni DAP di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, PN perlu mendapat undi Melayu yang solid.

Buanglah sentimen UMNO.

Kalau pemimpin-pemimpin atasan UMNO sekarang boleh memadamkan sentimen dengan menutup gambar bekas-bekas Presiden mereka di Dewan Merdeka kerana meraikan pemimpin DAP, apalah sangat akar umbi yang menanggung beban kehidupan pada hari ini.

Ketika PRU15 yang baru lalu, anak-anak muda telah menunjukkan bagaimana sewajarnya bangsa Melayu bertindak, maka ayuhlah seluruh bangsa Melayu bangkit membina kekuatan baru di bawah kepimpinan PN.

Kita optimis sekiranya semua undi Melayu bersama PN, kuasa DAP di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dapat dinoktahkan.

Akhirnya, jadilah bangsa yang bermaruah dan berdaulat.

Kalau mereka cerdik kerana bersatu, kenapa kita mesti bodoh untuk berpecah.

Kalau mereka kuat kerana bersatu, kenapa kita memilih untuk menjadi bangsa yang lemah.

Ayuhlah, kita bina semula negeri dan negara dengan acuan Islam yang adil untuk semua rakyatnya.

BayangDiAir,

Politik