Saya menyertai DAP di Pulau Pinang pada 1988 pada usia 18 tahun, percaya ia adalah parti yang sesuai untuk orang seperti saya memperjuangkan demokrasi dan kesaksamaan di negara ini.
Ketika itu sebagai ahli muda yang bersemangat, saya mempunyai tiga pemimpin yang saya hormati – Karpal Singh, Kerk Kim Hock, dan Lim Kit Siang – tetapi malangnya dua daripada mereka telah meninggalkan kami.
Ideologi dan visi DAP pada masa itu adalah jelas dan tepat dan kita semua mempunyai satu musuh bersama iaitu Barisan Nasional.
Saya belajar banyak daripada tiga pemimpin ini dan apabila Karpal Singh dan Kerk meninggalkan kami, saya amat sedih dan hanya tinggal Kit Siang sebagai seseorang yang saya hormati.
Saya berjuang mati-matian untuk DAP, termasuk di setiap perhimpunan Bersih selepas Anwar Ibrahim ditangkap.
MCA ketika itu adalah musuh kita, komponen BN yang ingin kita tumbangkan dan musnahkan.
Tidak pernah dalam mimpi ngeri saya, malah mimpi buruk saya membayangkan DAP akan bergabung atau lebih teruk, tunduk kepada Umno atau MCA.
Malangnya, hari ini, keadaan telah berubah begitu drastik dan semua yang pernah saya percaya dan yakini telah dihancurkan.
Ia bukan sahaja mengenai Kit Siang menggunakan songkok, tetapi lebih daripada itu.
Saya keliru juga mengapa Kit Siang menerima gelaran Tan Sri pada mulanya?
Apa yang penting tentang itu?
Saya masih ingat ramai pemimpin DAP menentang sekeras-kerasnya penggunaan songkok semasa persidangan DUN dan juga acara diraja, dan ini berlaku pada masa Kit Siang sendiri menjadi setiausaha agung parti.
Mengapa perkara tersebut begitu mudah tunggang tebalik?
Adakah kerana DAP kini dahagakan kuasa dan kemuliaan?
Adakah Kit Siang kini fikir dia layak digelar Tan Sri dan ini akan menjadikan dia seorang yang lebih baik?
Bagi saya, dan saya pasti ramai penyokong tegar DAP yang lain, ia benar-benar hari yang menyedihkan dalam politik negara kita.
Kami bukan sahaja bersetuju untuk bekerjasama dengan musuh ketat kami, tetapi kini perlahan-lahan dan pasti menjual semua perkara yang pernah kami perjuangkan, percayai dan dekat di hati kami.
Mungkin sudah tiba masanya untuk orang seperti saya mencari “padang rumput yang lebih hijau” di mana kita boleh meneruskan perjuangan jujur untuk negara yang lebih baik untuk anak-anak kita.
Andrew Seah
Jalan Yeap Chor Ee
Pulau Pinang