Kursus Kaedah Potong Daging Dengan Cara Yang Betul

Kursus Kaedah Potong Daging Dengan Cara Yang Betul

Kursus kaedah potong daging dengan betul (special cut) dikendalikan Pak Mus dari Jahhet Fine Meat di Rumah Sembelihan Veterinar Gong Badak Kuala Terengganu.

Penternak muda kita diajar kaedah memotong daging dengan cara yang betul untuk menghasilkan potongan daging bernilai tinggi seperti daging untuk dibuat steak.

Sebenarnya pada seekor lembu ada daging yang bernilai ratusan ringgit sekilo bila dipotong dengan cara yang betul.

Sayangnya bila semua dipotong halus masuk kawah atau kuali dengan nilai RM30 sahaja sekilo.

Hasil yang kita ada perlu diberikan nilai tambah untuk meningkatkan pendapatan penternak.

Ada orang yang sedia membayar dengan harga yang tinggi atas kualiti daging yang dinikmati terutama di restoran-restoran ternama atau hotel-hotel.

Yang penting penternak kita menikmati hasil yang lumayan.

Menurut YB Dr. Azman Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri Terengganu mungkin ada yang silap faham akan kata, kesian orang kampung nak makan daging bila daging berharga ratusan ringgit sekilo.

“Saya dah nyatakan di atas, target pasaran daging bernilai tinggi bukan untuk orang kampung, katanya lagi.

Beliau berkata ada orang yang berduit sedia membayarnya dan orang kampung yang jadi penternak dapat hasil.

“Untuk pasaran orang kampung macam biasa saja,” tambah beliau lagi.

Ekonomi