Setakat Mana Fenomena Sanusi Dan Perikatan Nasional di PRK Johor?

Setakat Mana Fenomena Sanusi Dan Perikatan Nasional di PRK Johor?

Ada beberapa video yang menemuramah orang-orang muda yang bakal mengundi di Pulai dan Simpang Jeram.

Penemuramahnya berbangsa Cina, bertemu anak-anak muda secara random untuk bertanya mengenai siapakah yang mereka sokong untuk PRK kali ini.

Dalam video tersebut semua anak muda yang ditanya itu menjawab, mereka menyokong Perikatan Nasional. Ya, semua.

Walaupun ia bukanlah menunjukkan suara terbanyak, hanya tak sampai 10 sampel, tetapi kita boleh analisa gaya mereka menjawab, body language, mimik wajah – menunjukkan mereka betul-betul tidak ada rasa teragak-agak untuk mengundi Perikatan Nasional.

Video-video anak-anak muda Johor meraikan kedatangan MB Sanusi juga sangat mengujakan.

Hairan sekali, bumi Johor yang para pemimpinnya kurang gemar terhadap sosok MB Kedah itu, tetapi anak-anak mudanya begitu teruja dengan MB dari utara tersebut. But why?

Kalau nak analisa bagaimana sokongan terhadap PN dan MB Sanusi menjadi begitu rancak terutama dalam kawasan orang-orang Melayu/Islam, kita harus meneutralkan pemikiran kita supaya selaras dengan pemikiran, minda dan emosi anak-anak muda serta pengundi atas pagar Melayu/Islam.

Kalau kita masih membawa kepala otak Pakatan Harapan atau Barisan Nasional untuk membuat analisa ini, kita takkan dapat jawapannya – kerana kita sudah buat konklusi awal – iaitu “ketaksuban”, walhal itu konklusi yang salah.

Saya tidak mahu bicara pasal menang atau kalah dalam PRK ini.

Saya mahu bawa kepada cara menganalisa “why Sanusi gain so much support from marhaen” – yang boleh digunapakai oleh orang-orang politik lain juga.

Memang bukan Sanusi alone yang membawa imej Perikatan Nasional untuk digemari anak muda, tetapi Sanusi adalah real deal yang anak muda nampak sebagai figura yang memecah tipikal orang politik yang dilihat selama ini.

Kosongkan minda anda daripada anasir PH atau BN.

Be neutral untuk explore apa itu Sanusi.

Anak-anak muda nampak Sanusi adalah real deal, sosok realistik, tidak wayang, vokal menyatakan pendirian, tegas, multi-skill, multitasking, mudah mesra, menjiwai denyut nadi orang-orang miskin – anak muda – orang tua, bersikap humor pada tempatnya, bersikap tegas dan profesional pada tempat yang seperlunya.

Itu apa yang anak muda nampak.

Anak muda, bukan hanya anak muda Kedah, bahkan anak muda negeri lain juga.

Lihat pada ucapan dan syarahannya yang bukan ceramah politik.

Kalau tengok yang ceramah politik mungkin kita tak mampu untuk neutral lagi semasa menganalisa.

Tapi tengok pada ucapannya dalam program-program rasmi kerajaan, program-program bersifat motivasi, pendidikan, celoteh isu sejarah, isu kisah silam, isu pertanian, isu ekonomi dan sebagainya.

Kita akan dapati ceramah-ceramahnya itu menang connected dengan jiwa marhaen dari sudut bahasa dan penyampaian, dari sudut realistik untuk tindakan yang memang rakyat marhaen deal setiap hari.

Itulah salah satu bezanya dengan orang politik yang tidak pernah menjiwai – maka mereka ini akan terpaksa ‘berlakon’ – dan lakonan mereka rakyat dah tahu bahawa itu lakonan – rakyat hanya layan saja lakonan mereka.

Tetapi dengan watak Sanusi, rakyat marhaen tidak rasa itu lakonan.

Inilah salah satu faktor kenapa Sanusi mendapat tempat di hati anak muda sebagai orang yang memecahkan tipikal politician yang mereka nampak selama ini.

Apabila menonton video-video pendek yang dipotong daripada ucapan panjangnya, lihat pada komen-komen orang neutral non-politician bagaimana mereka respon terhadap ucapan Sanusi.

Jangan analisa komen macai PH atau pentaksub PAS dan Sanusi.

Scroll baca komen rakyat marhaen.

Kita akan dapati sama – ada connection antara ucapan Sanusi itu dengan apa yang mereka telah dan sedang alami dalam kehidupan mereka.

That’s why he touched their emotion, spirit, and mind. Not simply tercandu.

Terbit pula cerpen-cerpen lama Sanusi, sekali lagi touching habis orang-orang muda yang mereka boleh relatekan dengan diri mereka dan kesukaran yang mereka hadapi.

Sekali lagi connected dan anak muda rasakan inilah orang politik yang real deal untuk membawa halatuju sebetulnya untuk generasi mereka.

Mereka yakin MB Sanusi adalah orang yang teruji semasa alam belajar dan bekerja.

Teruji dalam politik, mempunyai mentor-mentor yang hebat, dan memiliki sokongan padu ahli keluarga besarnya.

Siap orang baca balik cerpen-cerpennya buat content TikTok, yang boleh dapat ratusan ribu Likes dan Share.

Perkara ini pun boleh take note masuk dalam analisa “why” Sanusi sangat viral sampai ke Johor.

Dengan watak Sanusi yang difahami dan disenangi rakyat marhaen, maka serangan direct hit terhadapnya akan menjadi backfire kepada orang yang menyerang.

Kita semua sudah saksikan apa yang berlaku dalam PRN terdahulu.

Sebelum PRN pun para penganalisis politik telah sebutkan serangan ke atas Sanusi akan backfire.

Ternyata backfire sungguh.

Di Johor, Sanusi kurang turun secara terus – kerana banyak tugas di Kedah.

Mungkin akan turun sekali lagi ketika finale kempen PRK nanti.

Tahukah anda anak-anak muda Johor ternanti kedatangan Sanusi hanya untuk mendengar ceramahnya? This is crazy.

PH/BN tak boleh tersilap strategi yang boleh backfire.

Kali ini PH/BN pun tidak kacau Sanusi sangat dah, hanya tunggu Sanusi buat kesilapan yang fatal sahaja.

Jadi, apa yang rakyat marhaen dan anak muda nampak dan rasa connected kepada Sanusi – akan diterjemahkan dalam bentuk sokongan dan undi kepada Perikatan Nasional.

Ini baru cerita Sanusi, belum cerita pasal Dr Samsuri di Terengganu.

Kalau analisa dan cara pandang guna kepala otak hasad Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, memang kita takkan nampak kabel-kabel halus yang menghubungkan dot-dot.

Kita akan terus terbangang dengan alasan syok sendiri – itu takfiri, taksub, 3R, ekstrim, loklaq, suka maki, tak beradab bagai semua tu.

Kita dan macai-macai saja duk pulun menggoreng isu tersebut, tapi anak-anak muda dan rakyat marhaen yang telah connected seperti yang telah diulas di atas, tidak akan termakan dengan alasan syok sendiri itu.

Malah mungkin mereka akan bertambah meluat.

Meluat mereka kepada cybertruper murahan dan cybertruper berbayar PH/BN, JKOM semua tu, akan terpalit sekali kepada PMX dan kerajaan Madani.

Soalan setakat manakah fenomena Sanusi dan PN di Johor?

Jawapannya adalah ia connected dari hati ke hati antara anak-anak muda serta rakyat marhaen – yang had enough dengan lagak kayangan, poyo tak tentu pasal, megah dengan kuasa dan kedudukan, berlakon mesra alam dan sebagainya.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Pilihanraya