Presiden Gerakan dalam kenyataannya mencadangkan kepada kerajaan, supaya menganjur program melibatkan individu berjaya keluaran sekolah vernakular mengadakan jelajah seluruh negara supaya rakyat merasai kebaikannya.
Secara tidak langsung katanya lagi, ia menghapuskan prejudis terhadap sekolah vernakular
Semua pihak harus mengakui sumbangan sekolah-sekolah vernakular serta berhenti mengecam SJKC dan SJKT serta merta.
Amboi-amboi sedapnya bercakap, mempertahankan sekolah bangsa sendiri. Biasalah tu.
Jika saya pemimpin Gerakan, saya akan turut sentuh juga kebaikan aliran kebangsaan dan sekolah agama yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Kenapa Presiden Gerakan tidak syorkan supaya kajian dibuat ke atas murid-murid SJKC mengenai keupayaan mereka menguasai bahasa negara iaitu BM.
Saya cabar, kalau berani, buat jelajah untuk melakukan kajian ini. Jangan hanya tonjolkan individu SJKC sahaja.
Individu berjaya itupun saya bimbang, bila bercakap, BM mereka ke laut.
Dalam membina negara bangsa, sekadar berjaya sahaja tidak cukup.
Perkara lebih besar adalah sejauhnya, sejauhmana mereka menghayati agenda negara, semangat patriotisme, kesetiaan, sanggup hidup mati bersama negara.
Begitu juga soal kefasihan BM, kerana bahasa adalah alat perpaduan.
Ini belum bercakap lagi soal menjaga sensitiviti kaum.
Contoh, isu kalimah Allah, tercetak pada stokin baru-baru ini.
Puncanya, jika dikaji dan digali, adalah disebabkan oleh penguasaan BM. Tidak bergaul.
Apabila bahasa negara tidak dikuasai, bagaimana hendak mendalami budaya politik sesuatu bangsa, terutama bangsa dan agama majoriti.
Semua ini hanya dapat difahami melalui kemahiran komunikasi, pergaulan dan penguasaan bahasa negara.
Apa kata, parti Gerakan buat jelajah tersebut.
Pada masa sama, pastikan individu yang kononnya berjaya itu dapat menguasai bahasa Melayu dengan fasih dan bukannya ke laut.
Bawa saya bersama dalam jelajah tersebut. Supaya kita dapat bezakan sedikit.
Saya tidak nampak presiden Gerakan begitu fasih berbahasa Melayu, walaupun dia mendakwa bahasa BM nya sudah bagus.
Apa kata kita adakan debat, kebaikan sekolah vernakular, kamu jadi panel bersama saya, kita bincang kebaikan sekolah vernakular kepada perpaduan kaum.
Saya hairan bagaimana presiden Gerakan berani mengatakan bahawa, kenyataan bahawa murid vernakular tidak fasih BM, adalah palsu.
Sejak kebelakangan ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa sekolah vernakular merosakkan perpaduan negara.
Amboi-amboi presiden Gerakan, sedap kamu bercakap. Tidak perlu buat kajian.
Kamu pergi sahaja ke SJKC, beri taklimat dalam BM di SJKC, mereka faham atau tidak? Pergilah….bawa saya sekali.
Kumpulkan pelajar yang jauh lebih senior, tahun 6, kalau tahun satu hingga empat, mungkin susah sikit BMnya, takut disorokkan.
Ambil yang paling tinggi, tahun 6, panggil saya beri ceramah di SJKC dalam BM, kita tengok berapa ramai murid tahun enam faham BM yang kita perkatakan
Jika merasakan ia terlampau susah, suruh sahaja murid-murid tahun enam, nyanyi lagu negaraku.
Sama-sama kita dengar.
Adakah mereka fasih menyanyikan lagu Negaraku.
Itu belum menyanyi lagi raya lagi, seperti lagu raya DJ Dave, menjelang hari raya, sebut betul-betul kepada murid-murid “menjelang hali laya”, haiya, itu loli sula mali hooo”
Teringat saya sewaktu kecil dahulu, orang bukan Melayu begitu fasih berbahasa Melayu sehingga boleh menyanyi dan menghayati lagu-lagu dengan baik, sehinggakan kita tidak boleh beza dia adalah penyanyi Cina.
Seolah-olah mereka penyanyi Melayu.
Lagu-lagu yang dinyanyikan sebiji macam orang Melayu, seperti artis Andre Goh, Ben Nathan, Kenny, Remy dan Martin, Lenny Lim Mui Lan dan ramai lagi.
Sekarang ini boleh dikatakan langsung tidak ada, jika ada terlampau sedikit, bukan Melayu jadi artis termasuk berlakon dalam drama Melayu.
Sudah nak cari penyanyi dan pelakon, terutama Cina boleh menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dengan baik. Begitu juga berlakon
Jika tidak percaya, cuba ujian@test pelajar tahun enam, bukan pelajar pelajar tahun satu-lima, menyanyikan lagi negaraku, pasti akan jadi
Negalaku – negaraku
Lanah lumpahnya lalahku – tanah tumpahnya darahku
Lahyat hilup, besatu dan maju – rakyat hidup bersatu dan maju
Lahmat bagia – Rahmat bahgia
Luhan kuluniakan – Tuhan kurniakan
Laja kita – raja kita
Selamat bersasa….. Selamat bertakhta
Itulah sebutan majoriti pelajar SJKC yang selama ini saya dengar.
Kalau tidak percaya, cubalah uji atau test tengok. Jom presiden Gerakan.
Macam mana budak-budak ini boleh faham taklimat, debat, forum dalam BM jika kita pergi ke SJKC.
Jadi jangan sembang kari, nak kata pelajar SJKC fasih berbahasa Melayu. Buatlah kajian akan kemampuan mereka.
Saya cabar presiden Gerakan, bagi kami dana, kami akan buat kajian menyeluruh, kemampuan murid-murid SJKC dalam BM, kesan ke atas perpaduan kaum.
Selepas kajian dibuat, ada dapatan dan keputusannya, jika benar murid-murid ini memang fasih, baharulah kita buat jelajah mencanangkan kepada seluruh dunia akan kebaikan SJKC.
Tapi sebelum itu, saya cabar presiden Gerakan berdebat, berforum dengan saya, di RTM, dalam BM, tentang kebaikan SJKC kepada Pembangunan bangsa.
Sejak dulu saya katakan, sentuh sahaja SJKC, Pendidikan Cina, seluruh parti politik dominasi Cina, DAP, MCA, Gerakan dll, Hua Zong, Dong Zong dan Jiao Zong, usahlah cerita, pasti akan jadi cacing kepanasan untuk mempertahankannya.
Peliknya, orang Melayu sahaja yang masih buta, berpecah sesama sendiri.
Ada yang bermatian mempertahankan sekolah vernakular.
Bukan tak boleh nak pertahankan, boleh jer, kecuali telah terbukti bahawa memang sekolah vernakular ini fasih BMnya dan murid-murid mereka memang bergaul mesra dengan majoriti Melayu. Tetapi, hakikatnya apa?????
Memanglah Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan, mengekalkan sekolah vernakular berperlembagaan.
Kementerian Pendidikan juga berkata akan meneruskan polisi yang sedia ada iaitu sekolah vernakular sebagai sebahagian sistem pendidikan Malaysia.
Tetapi kamu kena ingat, mahkamah juga membuat keputusan bahawa SJKC bukannya pihak berkuasa awam seperti Sekolah Kebangsaan.
Dalam maksud, kerajaan boleh bantu atau boleh juga tidak membantu SJKC atau sekolah vernakular. Kamu faham ke tidak.
Itupun keputusan boleh berubah sekiranya majoriti parlimen suatu hari nanti tidak bersetuju dengan kewujudan sekolah vernakular.
Mohd Ridhuan Tee @ Tee Chuan Seng