Fun Ride DUN Alur Limbat 2020

Fun Ride DUN Alur Limbat 2020

Lancar dan makin meriah dapat diungkapkan untuk Program Fun Ride DUN Alur Limbat 2020 untuk tahun kedua bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YB Ustaz Ariffin Deraman, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat merangkap ADUN Alur Limbat.

Acara tersebut telah dimulakan dari Dataran Banggol Cempedak mengelilingi DUN Alur Limbat yang melalui Kg. Tiruk, Rawai, Tebakang, Tasek, Wakaf Dua, Pengadang Baru, Kepong dan kembali berakhir di Dataran Banggol Cempedak.

Dengan penyertaan yang semakin meningkat, ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti sampingan yang diselitkan seperti Pertandingan Memasak Nasi Goreng dan demonstrasi Kucar Nasi Manis anjuran bersama Muslimat dan juga Ameerah DUN dapat juga mempromosikan Produk Baharu Pelancongan DUN Alur Limbat, Dataran Banggol Cempedak di tepian Sungai Terengganu.

Penganjur utama program ini adalah Penyelaras Pemuda PAS DUN Alur Limbat dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN serta i-MiTS DUN yang juga menyediakan beberapa hadiah Cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi program ini.

Tahniah kepada peserta-peserta yang bertuah.

Terengganu