Ulama Sufi Syeikh Ibrahim Masran al-Banjari Menziarahi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Ulama Sufi Syeikh Ibrahim Masran al-Banjari Menziarahi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Hari ini Ulama Sufi yang sangat alim Syeikhuna Ibrahim Masran al-Banjari Pondok Ledang menziarahi YB. Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Ziarah kasih sayang antara ulama.

Cuba perhatikan adab dan akhlak mulia Syeikhuna Ibrahim Masran yang duduk di bawah dan beradab di hadapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tidak meninggi diri di hadapan ulama yang lebih tua dan dihormati.

Sungguh tawadduk dan merendah diri sambil mengaminkan doa yang dibaca oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Hanya wali mengenal wali.

Tuan Guru Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari Hafizahullah pernah menceritakan tentang satu mimpinya mengenai Tafsir al-Qurtubi.

Kisah ni telah lama berlaku, tapi kami ingin kongsikan di sini.

Ceritanya begini:

Ketika itu Syeikh sangat minat mendengar pengajian tafsir al-Quran.

Antara kuliah tafsir yg disukai adalah kuliah tafsir yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Hafizahullah.

Syeikh hadir bertalaqqi pengajian tafsir (kuliah pagi jumaat) yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sekitar tahun 1995 yang lalu.

Syeikh juga turut memerhatikan cara Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memulakan kuliah tafsirnya.

Syeikh dapati, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memulakan kuliah tafsirnya dengan membaca beberapa ayat al-Quran, kemudian Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengambil sebuah kitab daripada muridnya untuk menterjemahkan ayat-ayat al-Quran yang telah dibacanya.

Ternyata kitab terjemah yang digunakan itu ialah terjemahan daripada Tafsir Pimpinan ar-Rahman.

Setelah itu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mula menafsirkan ayat-ayat tersebut satu persatu berpandukan sebuah kitab miliknya.

Syeikh tak tahu kitab apa yang Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang gunakan sebagai rujukannya.

Syeikh selalu tertanya-tanya dalam hatinya sebab syeikh ingin sekali memiliki kitab tersebut buat bacaan dan rujukannya pada masa akan datang.

Perkara ini berlarutan beberapa lama.

Sehinggalah pada satu malam, dengan izin Allah, syeikh bermimpi.

Dalam mimpinya, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Hafizahullah hadir di hadapan beliau.

Syeikh mengucup tangan dan telapak tangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan kepada syeikh sebuah kitab dan berkata: “Bacalah ini!”

Syeikh melihat kitab itu adalah Kitab Tafsir Al-Qurtubi.

Syeikh terjaga dan keesokkannya Syeikh pergi ke rumah datuknya.

Di situ terdapat banyak kitab-kitab Arab milik pakciknya.

Syeikh meminjam tafsir al-Qurtubi daripada pakciknya.

Setelah itu Syeikh membandingkan kuliah tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui rakaman dengan Tafsir Al-Qurtubi tersebut.

Ternyata isi rujukannya sama dan tepat.

Syeikh terus bersujud syukur kerana pertanyaannya telah terjawab.

Dari situlah Syeikh menyimpulkan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyampaikan kuliah tafsir menggunakan rujukan Tafsir al-Qurtubi dan diawali terjemahnya menggunakan Tafsir Pimpinan ar-Rahman.

Sejak itu, Syeikh menjadi kasih dengan tafsir al-Qurtubi.

Syeikh juga menggunakan cara yang sama dengan cara Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan kuliah tafsir kerana kasih dan ingin mencontohi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Hafizahullah yang dianggapnya juga sebagai Guru Besarnya dalam ilmu siasah dan tarbiah.

Antara komentar Syeikh terhadap Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang hafizahullah:

“Beliau adalah ulamak akhirat yang amanah dengan ilmu dan beramal dengan ilmu.

“Beliau adalah Murabbi Ummah bagi yang mendambakan tertegaknya daulah Islam.

“Beliau adalah ulamak yang dapat diibaratkan sebagai Kitab Sirah yang menterjemahkan secara langsung suka duka perjuangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam dan para Sahabat khususnya dalam siyasah, dakwah dan tarbiyyah.

Beliau adalah Guru Besar di tanah air kita dalam ilmu seni politik Islam”.

Dalam perkara politik Islam, Syeikh menganggap bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah ulamak kepercayaan yang dapat dipegang ijtihadnya kerana beliau adalah ahli dibidangnya.

Syeikh menasihati: “Kerosakan dan kezaliman itu berlaku disebabkan salah dalam menyerahkan sesuatu kepada yang bukan ahlinya, sementara keamanan dan keadilan akan tertegak apabila setiap urusan itu dipikul atau diserahkan kepada ahlinya.

“Maka hendaklah kita mengenal yang mana satu ahli dan yang mana bukan ahlinya.”

Baru-baru ini, semasa menghadiri Ijtima’ Ulama’ Nusantara 1437H, Tuan Guru Saiyidi Ibrahim telah menceritakan sendiri pengalaman beliau itu kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Sebaik mendengar cerita tersebut, Tuan Guru Haji Abdul Hadi berasa sangat gembira lantas terus mencium dahi Saiyidi Ibrahim Hafizahumallah.

Jika Syeikh sendiri cukup menghormati dan menyanjungi beliau kita murid-muridnya perlu lebih-lebih lagi menghormatinya.

Allahu Allah.

Semoga Tuan Guru Haji Hadi terus dirahmati Allah.

Amin.

Islam