Status aku malam tadi yang mengajak rakyat Terengganu bersyukur kerana mempunyai pembangkang yang yang bodoh dan bangang, memudahkan kita menjalankan kerja-kerja Islam, ditegur seseorang.
Komen dia, jangan guna perkataan itu, tapi gunalah fakta untuk menulis.
Aku nak tergelak. Yang komen tu mesti jenis tak baca profail aku, tak belek post-post aku sebelum ni yang aku tulis fakta berjela-jela.
Masalah juga bila nak komen, tapi tak tahu cerita.
Dia ingat Walumno dengan Walanon nak layan fakta?
Jenis belukang ni, bagi umpan udangpun, tahi juga dia makan, sampai dalam perut pulak tu.
Tapi tak apa, nanti aku guna ‘kurang cerdik’.
Berkenaan isu pinjaman kenderaan yang telah lama diberikan kepada Adun itu sebenarnya Walumno dan Walanon ini bukan mahu kritik dan jatuhkan, tapi kerana sangat sayangkan PAS.
Mereka takut Adun PAS nanti tidak membayar pinjaman itu semua.
Kerana dahulu apa yang mereka lihat, keluarga, saudara mara, jiran mereka orang-orang Umno, jika ambil pinjaman MARA, lepas tu lesap, tak tahu nak bayar.
Bila diberi bantuan pinjaman mikro kredit seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), dia hilang lepas dapat duit.
Pergi ke pejabat Tekun, bila lulus pinjaman, pejabat Tekun kat manapun, dia dah lupa.
Dapat pinjaman pertanian, dengan lembu, kambing termasuk kandang semua tu dia jual, senyap sampai sudah tak bayar pinjaman.
Dapat rumah murah sewa beli, penerima ditapis ahli Umno sahaja, bukan sahaja bayaran tertunggak beribu-ribu seorang, lif pun dia jadi tempat berak.
Akhir sekali pakai kabel YB sebab tak mahu bayar.
Jadi Walumno dan Walanon tidak faham sebab mereka duduk dalam budaya Umno yang buat harta kerajaan macam harta mak bapak dia.
Jadi Walumno dan Walanon sekelian, jangan bimbanglah kalau ada Adun PAS buat pinjaman nak beli kereta dari kerajaan, dijamin hutang tu dibayar habis punya, insyaallah.
Lagikan hutang Umno dulu dengan Pusatpun Adun-Adun PAS lah yang tolong bayarkan dekat RM1B.
Hutang deferred payment pembinaan Bandar Baru Kuala Nerus PAS yang tolong bayarkan tiap-tiap tahun.
Loji Air Bukit Sah, Kemaman, PAS jugalah yang settle bayaran.
Kenyir tak siap masih berhutang, PAS yang siapkan sebahagian dan bayarkan.
Tanah ladang sawit diambil FGV, Adun PAS tolong ambil semula hak rakyat.
Stadium runtuh, rumput rosak, hilang barang, kita siapkan, baiki rumput dan ganti balik.
GLC berhutang, ada yang sampai rugi juta-juta, kita bayarkan dan buat untung pulak.
Kau ingat sikit semua tu? Berbilion ringgit jumlah hutang-hutang tu semua.
Habis tu, apalah sangat kalau Adun PAS berhutang beli kereta untuk hak sendiri, lagilah dia akan bayar habis sebab bayar melalui potongan gaji….logik kan?
Kalau orang Umno, sangatlah munasabah kalau kau orang nak rasa bimbang, bukti orang Umno jenis tak reti nak bayar hutang banyak sangat aku bagi kat atas.
Gambar untuk dilihat untuk perbandingan sebagai kenang-kenangan ketidak cerdikan Walumno dan Walanon.
Mohd Nasir Abdullah
