Februari 2013 – Pengganas mendarat di Kampung Tanduo
12 Februari 2013 – Laporan polis mengenai kehadiran pengganas difailkan di Balai Polis Cenderawasih, FELDA Sahabat.
12 – 28 Februari 2013 – Ops Sulu dilancarkan, rundingan polis dan kumpulan pengganas gagal.
1 Mac 2013 – Pertempuran tercetus antara polis dan pengganas di Kampung Tanduo mengorbankan dua anggota Komando 69 dan 12 pengganas.
2 Mac 2013 – Enam anggota polis terkorban diserang hendap pengganas ketika menjalankan pemeriksaan di Kampung Simunul, Semporna.
2 – 4 Mac 2013 – Penduduk Zon Labian: Tanduo, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tanjung Batu, Tanjung Batu, Tanagian dipindahkan ke penempatan sementara di FELDA Sahabat, Lahad Datu.
5 Mac 2013 – Ops Daulat dilancarkan, tentera melaksanakan serangan udara ke atas kubu pengganas di Tanduo disusuli operasi darat.
5 Mac – 1 April 2013 – Operasi penggeledahan dan pembersihan di Zon Labian dilaksanakan – 65 pengganas ditembak mati, 100 ditangkap.
30 Jun 2013 – Ops Daulat ditukar kepada Ops Sanggah.
26 Julai 2016 – 9 anggota pengganas dihukum penjara sepanjang hayat, 8 termasuk 3 rakyat tempatan dipenjara antara 10 tahun hingga 15 tahun.
15 Januari 2018 – 9 anggota pengganas yang didapati bersalah dalam tragedi pencerobohan di Lahad Datu lima tahun lalu, kekal ke tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk diringankan hukuman.
Mudahkan hanya memohon maaf dan menyifatkan netizen telah salah tafsir ucapan beliau memang tidak boleh diterima.
Dengan membuat andaian pasukan keselamatan berperang dengan “ayam dan anjing” serta “serangan udara tanpa matlamat” dalam ucapan beliau sudah dianggap sesuatu yang keterlaluan.
Adakah memerangi mereka yang cuba mencabar kedaulatan dan undang- undang negara dikatakan sandiwara?
Mereka yang diperangi ini pula bukan sahaja rakyat tempatan (tali barut) tetapi rakyat luar yang menceroboh masuk untuk menngambil alih Sabah dari Malaysia.
Pemimpin Sabah seperti Muhamadin Ketapi yang mewakili Parti Warisan Sabah ini yang boleh dianggap “duri dalam daging” atau “musuh dalam selimut” harus di beri pengajaran atau hukuman setimpal akibat kata-kata yang amat mengguris hati anggota dan pasukan keselamatan negara termasuklah pegawai dan anggota keluarga PDRM/ATM yang terlibat dan sebahagiannya telah pergi buat selama-lamanya.
Mohamaddin, nak berpolitik tak salah, namun janganlah sampai sanggup mengeluarkan kata-kata buruk dan fitnah yang keterlaluan.
Pepatah ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
HJYANALI