Hampir seminggu ulasan demi ulasan dibuat oleh beberapa orang individu bukan Muslim dan tak terkecuali yang Muslim jugak yang menyuarakan bantahan kalau PAS dibawa masuk dalam kabinet Sabah.
PAS tak sesuai di Sabah.
Sabah tak sesuai untuk PAS.
Masyarakat majmuk Sabah tidak boleh menerima pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS dan macam-macam lagi andaian dangkal yang disuarakan.
Kenyataan-kenyataan itu saya lihat berpunca daripada kejahilan mereka mengenai PAS dan Islam atau berpunca daripada rasa takut mereka dengan kahadiran PAS di negeri bawah bayu itu.
Tiba-tiba hari ini meletup berita perlantikan YB Dr Aliakbar, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ( lantikan).
Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan PN Sabah yang melihat kepentingan mengukuhkan kerajaan dan kepentingan rakyat Sabah lebih affhal daripada melayan suara-suara sakit hati penyokong dan pendokong PH.
Tahniah juga kepada Dr Alikbar dan PAS Sabah yang julung-julung kali dapat berada dalam kabinet Kerajaan Sabah.
Kalau semangat bertolak ansur dan saling memahami dikalangan PN, BN dan MN ini dapat dijaga dengan baik saya percaya Kerajaan pusat dan Negeri dapat dimenangi semuanya oleh PN & MN.
Kesediaan dan tolak ansur UMNO menerima perlantikan YB Dato’ Hajiji sebagai KM Sabah juga bukan sebuah pengorbanan yang kecil dalam gelanggang politik hari ini.
Semua pihak perlu melihat perjuangan menafikan kembalinya PH ke putrajaya sebagai agenda utama.
Selepas itu baru kita tumpukan kepada menguatkan parti masing-masing disamping meraikan kepentingan parti-parti lain.
Pihak yang merasa curiga kepada kehadiran PAS dalam kerajaan Sabah perlu melihat PAS dengan kacamata sebenar bukan dengan kacamata yang ditemui ditepi jalan.
Apatah lagi dengan meminjam kacamata PH dan DAP.
Sejarah pemerintahan PAS selama 30 tahun lebih di kelantan perlu dijadikan rujukan sebelum membuat apa-apa tuduhan terhadap PAS.
Saya yakin rakyat Sabah dapat menerima PAS melalui penampilan pertama PAS dipentas pentadbiran kerajaan Sabah.
Begitulah susun atur Allah.
PAS yang dicemuh kerana atas sifat setiakawannya dalam MN dan PN sehingga sanggup tidak bertanding,tiba-tiba ada kerusi dalam DUN Sabah.
Tapi ada parti yang dengan sombongnya bertanding namun tiada satu kerusi pun untuk mereka.
Saya tidak berhasrat merendahkan mereka namun belajarlah dari sejarah kalaupun tidak mampu belajar dari Quran dan Sunnah.
Taqdir Allah tidak sama dengan hasrat dan kesombongan manusia.
Ustaz Mokhtar Senik