PRU 14 – BN Sabah menang majoriti mudah.
Musa Aman angkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
Tiba-tiba kem Shafie Apdal umum majoriti mudah dengan beberapa Adun BN melompat menyertai PPBM.
Shafie Apdal pula angkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
Bersorak gembira para penyokong PH dan WARISAN, mentadbir Sabah.
Musa Aman pula dihadapkan ke mahkamah atas puluhan tuduhan rasuah dan penyelewengan.
Tiada istilah “kerajaan pintu belakang” kedengaran.
Semua accept as kerajaan yang sah, walaupun Musa Aman yang telah angkat sumpah tidak meletakkan jawatan Ketua Menteri.
Berlaku Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan PH di Pusat.
PM7 meletakkan jawatan dan negara berada dalam keadaan kekosongan kuasa.
Hasil permuafakatan MP-MP pembangkang waktu itu, PM8 dilantik – kerana MP-MP kerajaan tidak cukup majoriti.
Kerajaan bertukar kepada gabungan so-called PN.
Kemudian tidak lama, tuduhan rasuah dan penyelewengan Musan Aman digugurkan oleh pihak pendakwaan kerana masalah teknikal dan merit pertuduhan.
Musa Aman terlepas.
Musa Aman telah membawa isu ‘rampasan kuasa’ di Sabah ke mahkamah untuk mahkamah putuskan keabsahan beliau sebagai Ketua Menteri.
Dengan perubahan kuasa di Pusat, kerajaan WARISAN pimpinan Shafie Apdal tergugat.
Adun-Adun yang melompat daripada BN kepada PPBM tempohari, kembali berpaing tadah menyokong PN.
Shafie Apdal kehilangan majoriti.
Musa Aman getting his ‘personal revenge’.
Musa Aman cuba mengadap YDP Sabah, tetapi tergendala.
Melihat kepada movement pertukaran kerajaan di negeri-negeri semenanjung, Shafie Apdal nekad membubarkan DUN Sabah.
Musa Aman bertegas mahu peralihan kerajaan Sabah tanpa perlu PRN kerana ancaman Covid19.
Musa Aman beranggapan beliau hanya mahu mengembalikan ‘kerajaannya yang dirampas’ terdahulu.
Shafie Apdal enggan mengalah menyerah kuasa kepada Musa Aman sebagaimana Mukhriz menyerah kuasa kepada Sanusi di Kedah.
DUN Sabah dibubarkan atas kenekadan Shafie Apdal.
WARISAN plus tewas kepada GRS dengan bilangan kerusi yang tipis.
Shafie Apdal gagal mengekalkan dirinya sebagai Ketua Menteri.
Keadaan politik tidak banyak berubah samada sebelum PRN atau selepas PRN.
Bezanya jika tanpa PRN, Musa Aman jadi Ketua Menteri.
Dengan PRN, Hajiji jadi Ketua Menteri.
Shafie Apdal tetap tidak jadi Ketua Menteri setelah hilang majoriti.
Malangnya, rakyat terpaksa menanggung penularan Covid19 setelah PRN Sabah.
Pihak PH+ menyalahkan Musa Aman.
Ada yang menyalahkan Muhyiddin kerana mahu rampas kuasa.
Pihak BN dan PN menyalahkan Shafie Apdal yang membubarkan DUN.
Ada yang menyalahkan PH kerana menyokong pembubaran DUN.
Siapa yang merampas kuasa?
Shafie Apdal.
Dia rampas kuasa ketika Musa Aman sudah angkat sumpah, dan tidak meletakkan jawatan.
Ia sama halnye ketika Zambry rampas kuasa Nizar di Perak dahulu kala.
Merampas kuasa ketika penyandang masih berkuasa.
Tetapi kuasa Shafie Apdal belum dirampas.
Tekanan Musa Aman membawa majoriti baru adalah untuk ‘memaksa’ Shafie Apdal meletakkan jawatan.
Shafie Apdal degil dan tidak mahu mengalah.
Maka dia menggunakan kuasa Ketua Menteri yang masih dipegangnya untuk menasihatkan YDP Sabah supaya DUN dibubarkan.
Shafie hilang kuasa setelah DUN dibubar.
Sabah berlaku kekosongan kuasa.
Perlantikan KM baru dibuat setelah PRN.
PRN diperlukan untuk melantik semula Adun setelah status Adun hilang akibat pembubaran DUN.
Jadi punca pertama penularan Covid19 adalah Shafie Apdal yang membubarkan DUN.
Punca kedua adalah kelesuan kerajaan PN menangani mereka yang pulang dari Sabah dengan cekap.
Punca ketiga adalah orang-orang politik yang pulang dari Sabah yang selfish atau cuai – tidak kuarantin diri dan melanggar SOP.
Sekian
Dr Tanaka Mustafa
