Hikayat Ular Tedung Selar

Hikayat Ular Tedung Selar

Lewat senja, seekor ular tedung selar betina yang kematian pasangan jantannya menelusuri denai mencari habuan perut.

Sepanjang denai itu, si tedung yang licik dengan strateji pemangsa telah memperdayakan beberapa ekor tikus dan katak dengan berkokok lembut persis seekor ayam.

Sangka mereka, ia hanyalah ayam teman sedenai, tetapi rupanya sang musuh yang tidak diduga.

Kekenyangan, si tedung pun terus mencari tempat untuk berehat.

Dalam kegelapan ia terlanggar sebuah bangsal usang, lalu terus masuk untuk bermalam.

Tiba-tiba sebilah keris tua yang terletak diatas jenang pintu yang sudah reput terjatuh dan hampir terkena si tedung.

Si tedung terkejut dan naik marah lalu terus menerkam dan mematuk bertubi-tubi hulu keris yang disangka tikus dan terus membelit keris telanjang itu.

Makin dibelit makin terasa ketajamannya.

Sangkanya, keris itu melawan lalu terus mengetatkan belitan sehingga luka parah dan akhirnya ia mati disitu.

Pengajarannya:

1. Pembelit tidak semestinya menang dalam sesuatu pertarungan hidup.

2. Walau pun kita sekecil keris, tetapi kalau kita keras, tidak berganjak dari kebenaran, kita boleh mengalahkan musuh yang lebih besar.

3. Pembelit yang penuh muslihat mungkin boleh memerangkap tikus-tikus dan katak-katak dengan pergerakan licik dan suara-suara yang lembut.

Begitulah juga tikus-tikus politik (mungkin sebab inilah dipanggil politikus) dan katak-katak politik (mungkin saya boleh cadang nama polikatak ke DBP) yang melompat kesana kesini yang tidak sedar akan perangkap yang dipasang oleh musuh.

Tetapi bagi mereka yang ikhlas, yang tiada kepentingan peribadi, yang ada harga diri, yang iman tidak boleh dijual beli, mereka lebih percaya kepada ganjaran Allah daripada janji manis atau ganjaran manusia yang sedikit.

4. Kalau kita keras seperti keris, dan sabar dalam perjuangan, musuh masih boleh terluka dan kalah walau pun mereka mendakwa bilangan mereka besar dan cukup untuk membentuk kerajaan, kerana Allah akan menolong orang yang sabar dengan cara Allah yang tersendiri.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ

Maksudnya: “Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.”

(Al-Anfal: 65).

Lihatlah PAS yang sabar, tidak bertanding pun di Sabah tetapi Allah beri juga kemenangan dengan cara lantikan kedalam kabinet Sabah.

Analogi Buat Figura-figura politik:

1. Ular tedung jantan – umpama Mahathir yang mana karier politik beliau sudah dikira tamat.

2. Ular tedung betina umpama Anwar, yang tercari-cari penyokong yang sanggup melompat dengan pelbagai caturan politik.

3. Tikus-tikus dan katak-katak adalah pelompat-pelompat politik yang mengutamakan kepentingan diri sendiri dan bukannya kepentingan rakyat.

4. Keris tua umpama gabungan MN dimana badannya adalah UMNO dan hulunya adalah PAS.

Andainya bercerai badan dan hulu, maka hilanglah kekuatan sebilah keris.

Dr Muslim

Politik