Tadi semasa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi laporan status Covid-19 hari ini, dihujung laporan, ada wartawan bertanya soalan.
“Ada yang melaporkan DG tak turun padang tengok sendiri situasi di Negeri Sabah. Adakah ia kerana risiko tinggi kepada DG untuk turun padang berikutan kes di Sabah tinggi?”, soal wartawan.
DG respon dia ada turun.
Pegawai kanan dia pun ada turun.
Mereka semua turun.
Cuma KKM telah ada perancangan bagaimana menangani situasi dan bukan semata dengan kerap turun.
DG tambah lagi, tak timbul isu takut mati.
Dan dengan tenang juga, beliau quote ayat Quran:
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْت
“Setiap yang bernyawa pasti akan mati”, dan Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepada Allah kita kembali.
DG kata sebagai orang Islam yang yakin dengan ajal maut dalam genggaman Allah, tiada apa yang perlu ditakutkan.
Beliau dan KKM sentiasa berusaha memberi khidmat yang terbaik untuk membendung kenaikan kes.
Saya tengok DG quote ayat Quran dalam sidang media dan menyebut keyakinan dan akidah hidup beliau sebagai muslim.
Tiada rasa segan dan janggal walaupun yang bertanya berlainan agama dan mungkin tak faham pun ayat Quran itu.
Biarlah tidak faham, tetapi apa pun butir bicara kita ini dakwah.
Barangkali yang bertanya tidak faham sekarang, tetapi akan faham di masa akan datang.
Moral lain juga yang saya ingin sampaikan, kita ini kadang-kadang apabila berdepan soalan orang bukan Islam, kita segan dan seboleh cuba tak nak quote ayat Quran atau hadith dan bawa fahaman Islam dalam perbualan dan perbincangan.
Kadang nak sebut InshaaAllah pun segan.
Hairan.
Saya ada banyak situasi sahabat bukan Islam tanya apa maksud InshaaAllah itu, maka, saya pun terangkan.
Jadi janganlah kita takut menyatakan pendirian, walhal kita tahu apa pandangan Islam dalam isu.
Kita tak mahu orang bukan Islam ingat Islam tidak ada penyelesaian.
Sedangkan Islam ada penyelesaian dalam semua perkara.
Jangan kerana kita yang kekok menyatakan, atau tidak mahu dilihat Islamik, akhirnya Islam tidak sampai kepada bukan Islam.
Izyan Hazwani
