I-SINAR KWSP : Jelas Kenyataan YB Fadli Shaari Ia Polisi Tanpa Perlu Kelulusan Belanjawan 2021 Bersyarat

I-SINAR KWSP : Jelas Kenyataan YB Fadli Shaari Ia Polisi Tanpa Perlu Kelulusan Belanjawan 2021 Bersyarat

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyambut baik ketetapan baharu dari Menteri Kewangan mengenai perubahan polisi bagi pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP dengan inisiatif yang dinamakan i-Sinar yang melibatkan 2 aspek iaitu mereka yang mempunyai jumlah simpanan atas 90 ribu dan juga bawah 90 ribu.

Pastinya ketetapan polisi baharu tersebut memberikan kelegaan pada rakyat yang mempunyai simpanan dalam akaun 1 KWSP bagi mengeluarkannya dengan tujuan yang penting ekoran impak pandemik yang berlaku dalam negara sehingga menjejaskan aspek kewangan peribadi dan perniagaan sesuatu syarikat.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan tersebut, maka jelaslah sebagaimana kenyataan dari YB Fadhli Shaari, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam perbahasan beliau bahawa soal tuntutan pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP hanyalah soal polisi yang tidaklah perlu sampai memerlukan kelulusan Belanjawan 2021 secara bersyarat.

Ini kerana, sebelum ini pun kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang dari akaun 2 KWSP yang dinamakan inisiatif i-Lestari tanpa perlu dimasukkan ke dalam Belanjawan.

Kegagalan memahami penjelasan YB Fadhli Shaari menjadikan isu kononnya beliau seolah tidak bersetuju dalam isu pengeluaran KWSP ditambah pula isu ini disambut secara semberono sehingga lupa asas perbahasan Belanjawan 2021 yang sebenarnya perlu diberikan perhatian bagi sesuatu kelulusan.

Justeru, DPPS mengajak semua ahli dan rakan seperjuangan dari rakan muafakat agar kembali tenang dan fokus isu agar perbincangan, perbahasan dalam Sidang Dewan Rakyat dicambahkan idea demi maslahat rakyat dan kesejahteraan negara dari hanya berfikir secara populis.

Semoga dengan kenyataan Menteri Kewangan dalam isu i-Sinar ini memberikan penjelasan bahawa isu ini tidaklah sampai perlu menjadikan sokongan kepada Belanjawan secara bersyarat kerana ia hanya isu polisi yang boleh diubah bila-bila sahaja.

Ia terbukti dengan perubahan polisi ini telah dibuat ketetapan walau sebelum hari pengundian Belanjawan 2021.

Memimpin Negara

Pemuda Bangkit Demi Islam

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Ekonomi