Walaupun Rasulullah SAW dijadikan buta huruf tetapi Baginda SAW dikurniakan ilmu yang luar biasa daripada Allah SWT.
Perkara yang paling penting ialah mempunyai ilmu yang paling tinggi.
Adapun kepada orang yang lain memerlukan alat untuk mencari ilmu iaitu menulis dan membaca.
Alatnya terus dicipta pada setiap zaman.
Qalam ialah alat tulis yang diketahui umum dan membaca apa yang ditulis, kerana manusia tidak boleh mengumpul maklumat secara ingatan sahaja.
Hal ini kerana ingatan yang boleh hilang diikat dengan tulisan yang dapat disimpan dan dibaca untuk menyampaikan ilmu.
Manusia juga tidak memadai dengan menggunakan penglihatan, pendengaran dan pemikiran sahaja tanpa membaca dan menulis.
Namun ada di kalangan manusia yang tidak menggunakan pancaindera ini dengan baik sehingga tidak menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk mencari ilmu fardhu ‘ain yang wajib ke atas setiap orang dalam perkara aqidah, syariat dan akhlak.
Apatah lagi dalam perkara fardhu kifayah yang menjadi kewajipan umum dalam urusan agama dan dunia seperti mendalami perkara agama serta ilmu yang berkaitan dengan keperluan hidup manusia di alam bumi seperti makanan, pakaian, kediaman, kesihatan, perhubungan dan lain-lain.
Namun menjadi fardhu ‘ain bagi seseorang yang mempunyai kewajipan mengikut kemampuan dirinya terhadap masyarakat.
Al-Quran juga menyatakan bahawa sempadan ilmu yang membezakan antara perkara yang mempunyai manfaat dan mudarat kepada diri dan masyarakat, adalah berdasarkan sempadan halal dan haram seperti mengharamkan ilmu sihir.
Abdul Hadi Awang