Demikian dakwaan 2 buah portal di awal tahun 2021 [1][2].
Dakwaan itu timbul setelah timbul isu “Zahid khianati parti jalin kerjasama Anwar-DAP” [3].
Menurut seorang Timbalan Ketua Bahagian UMNO [3], wujud sokongan kepada Anwar secara sembunyi tanpa pengetahuan pemimpin UMNO/BN lain apatah lagi akar umbi.
Kata beliau, dalam menyelesaikan kemelut politik ketika ini, Zahid perlu membuat akuan bersumpah tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
Jika Presiden buat (akuan bersumpah) ini maka kita boleh sokong semula beliau.
Selagi Presiden tak berani buat dan tak mahu arahkan untuk hentikan jajaran politik baharu ini, selagi itu takkan selesai” [3]
Tidak lama selepas itu muncul pula buku “30 Dalil Mengapa Zahid Perlu Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO” [4].
Respon Zahid, “ahli UMNO keseluruhannya tidak pedulikan taktik kotor tersebut malah tiada siapa yang mempeduli tentang perkara itu” [4].
Menurut seorang veteran UMNO Selangor, beliau tidak melihat perkara itu menjejaskan parti, tetapi kepimpinan tertinggi harus mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak terbabit [5].
Ada juga pandangan bahawa Zahid perlu berjiwa besar dengan memberi peluang kepada timbalannya, Zahid memangku jawatan Presiden UMNO sehingga pemilihan parti diadakan bagi menentukan barisan kepemimpinan baharu [6].
Presiden UMNO itu perlu mengambil contoh Najib yang melepaskan jawatan bagi memberikan tumpuan kepada kes-kes di mahkamah yang masih berjalan [6].
Suasana kembali hangat apabila timbul isu “Persamaan kenyataan media BN, PH” [7] berkenaan “junjung titah Agong, rayu sidang Parlimen diadakan segera” [8].
Menurut seorang pemimpin di peringkat bahagian “Tidak ada peliknya jika ada persamaan sebab sejak sebelum Proklamasi Darurat diumumkan nada individu tertentu dalam UMNO lebih mirip kepada Anwar dan PH berbanding suara kerajaan PN.
Ia sesuatu yang sudah dijangka sejak beberapa bulan dulu.
Cuma persoalan dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO, apakah itu nada dan kehendak individu tertentu atau nada dan kehendak sebenar parti” [9].
Zahid tidak mengendahkan isu ini.
Beliau menyatakan kini wujud perpecahan dalaman UMNO iaitu ‘kluster kuasa’, ‘kluster broker’ dan beliau sendiri yang dilabelkan sebagai ‘kluster mahkamah’.
Bagaimanapun, jelas Zahid ‘kluster mahkamah’ inilah merupakan benteng terakhir UMNO bagi menyelamatkan parti itu daripada dihasut pihak tidak bertanggungjawab.
“Lagipun lebih 3 juta ahli dan penyokong Umno tahu ‘kluster mahkamah’ inilah ‘last defend’ UMNO” [10].
Menurut seorang veteran UMNO, Zahid telah melakukan tiga kesilapan [11].
Kesilapan pertama Ahmad Zahid adalah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan bahawa ahli-ahli Parlimen UMNO bersamanya memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan Presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri Ke-9.
Kesilapan kedua Ahli Parlimen Bagan Datuk itu adalah membuat keputusan dan kenyataan kononnya Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Katanya, ini termasuk menyatakan bahawa UMNO menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan majoriti menyatakan pendirian sebaliknya.
Kesilapan ketiga Ahmad Zahid adalah menyatakan Barisan Nasional (BN) bersetuju memutuskan hubungan dengan Bersatu.
Reaksi dari kenyataan itu mendapat bantahan daripada MCA, MIC dan PBRS.
“Zahid dipercayai dalam keadaan defensif.
“Dia bukan sahaja tidak mampu menyerang, malah terpaksa menepis serangan yang boleh melemahkan seluruh tenaganya.” [11]
Seorang Pemangku Ketua Bahagian UMNO berkata, “satu pengakuan secara terbuka perlu dibuat Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini sekali gus menepis segala dakwaan tidak benar bahawa wujudnya satu hubungan yang melanggari dasar parti, ‘No DAP, No Anwar’.” [12]
Manakala Zahid pula mencipta misteri dalam PAU apabila dipetik media “parti itu hanya bersedia untuk menubuhkan jajaran politik baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)”.
“UMNO terbuka untuk melakukan kerjasama selepas PRU-15 dengan mana-mana sahaja pihak untuk membentuk kerajaan” [13]
Sejurus selepas PAU, timbul isu rakaman audio perbualan seorang pimpinan UMNO dan PKR.
“Akar umbi UMNO kian resah, percaya audio Zahid-Anwar”, lapor media [14].
Seorang Ketua UMNO Bahagian berkata, mereka seolah-olah tidak boleh menafikan ‘pakatan’ antara kedua-dua pemimpin itu dan kecewa kerana seperti ditipu bulat-bulat oleh kepemimpinan parti yang membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 lalu apabila dipercayai wujud perancangan lain di luar pengetahuan [14].
Justeru, katanya, Lembaga Disiplin parti termasuk Ahli Majlis Tertinggi (MT) tidak boleh berdiam diri untuk menasihatkan Ahmad Zahid agar berehat dahulu selagi kes berkenaan tidak diselesaikan.
“Jadi kita minta Lembaga Disiplin dan MT untuk tengok perkara ini secara serius, jangan hanya ambil tindakan jika melibatkan ahli sahaja tetapi kalau orang-orang tertentu tidak pula diambil tindakan malah tidak dibawa berbincang pun”, kata beliau [14].
“Nasihat saya kalau (Ahmad Zahid) perlu rehat, rehatlah, bukan makna kita tidak suka dan tidak mengenang jasa-jasanya.
Sekarang ini suasana kepercayaan politik lain, saya yakin pengundi muda akan bersama parti asalkan kita memberikan satu keyakinan kepada mereka dalam bentuk kepemimpinan,” katanya lagi [14].
Setelah pelbagai rentetan peristiwa berlaku, apa reaksi Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi?
Katanya, apa juga kluster tidak penting, yang penting keputusan parti termasuk tidak pernah ada keputusan mengenai kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim [15].
“Tidak ada sekali pun cadangan kerjasama dengan Anwar dibawa ke peringkat kepimpinan UMNO”, demikian tajuk yang diberitakan media susulan program wawancara “Dimanakah keramat UMNO” [15]
Seorang pemimpin UMNO Perlis turut berkata “Jajaran baharu antara UMNO dengan PKR dan DAP tidak akan berlaku dengan polemik tersebut hanya dimainkan pihak tertentu bagi memecahbelahkan parti” [16]
Namun kemudiannya, pada 23 Jun 2021, seorang Ahli Parlimen UMNO mendedahkan Zahid telah mengemukakan surat sokongan ahli Parlimen parti itu bagi menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ketika bertemu YDPA pada 11 Jun 2021 [17].
Seterusnya, pada 4 Julai 2021, pendedahan itu disokong pula dengan pengakuan seorang Ahli Parlimen UMNO.
Beliau mengakui bahawa telah menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu [18].
Media melaporkan dengan tajuk “Selepas PN, kenapa tidak cuba Anwar pula?” [18]
Bola di tangan Zahid dan Asyraf sekarang untuk menafikan dakwaan portal awal tulisan ini.
DrPalaTao
Rujukan:
[1] UMNO GOYANG KERANA PRESIDENNYA LEMAH, PEMUDA LANTANG BERSUARA KERANA KETUANYA ASYRAF WAJDI ‘PAK TURUT.
[2] Zahid lemah, Asyraf Wajdi ‘pak turut’
https://puteradaily.com/zahid-lemah-asyraf-wajdi-pak-turut/
[3] Zahid khianati parti jalin kerjasama Anwar-DAP
https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/zahid-khianati-parti-jalin-kerjasama-anwar-dap/
[4] Zahid tak gentar, ahli UMNO tidak peduli taktik kotor tersebut
https://www.utusan.com.my/berita/2021/02/zahid-tak-gentar/
[5] UMNO tidak boleh berdiam diri
https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2021/02/umno-tidak-boleh-berdiam-diri/
[6] Zahid perlu contohi Najib lepas jawatan
https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2021/02/zahid-perlu-contohi-najib-lepas-jawatan/
[7] Persamaan kenyataan media BN, PH kehendak parti atau individu tertentu? – Tun Faisal
[8] BN junjung titah Agong, rayu sidang Parlimen diadakan segera
[9] Kenyataan kehendak peribadi Ahmad Zahid?
https://www.utusan.com.my/nasional/2021/03/kenyataan-kehendak-peribadi-ahmad-zahid/
[10] ‘Kluster mahkamah’ benteng terakhir UMNO
https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/kluster-mahkamah-benteng-terakhir-umno/
[11] 3 kesilapan besar Ahmad Zahid
https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/3-kesilapan-besar-ahmad-zahid/
[12] Kerjasama UMNO-DAP-PH : Ahmad Zahid kena terus-terang
https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/kerjasama-umno-dap-ph-ahmad-zahid-kena-terus-terang/
[13] Jajaran baharu: Bukan sekarang, tapi selepas PRU-15 – Ahmad Zahid
[14] Akar umbi UMNO kian resah, percaya audio Zahid-Anwar
https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/akar-umbi-umno-kian-resah-percaya-audio-zahid-anwar/
[15] Tidak ada sekali pun cadangan kerjasama dengan Anwar dibawa ke peringkat kepimpinan UMNO
[16] ‘Jajaran baharu UMNO? Itu kerja orang cuba lemahkan parti’
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/jajaran-baharu-umno-itu-kerja-orang-cuba-lemahkan-parti/
[17] Nazri dedah Ahmad Zahid kemuka surat sokong Anwar
https://www.utusan.com.my/berita/2021/06/nazri-dedah-ahmad-zahid-kemuka-surat-sokong-anwar/
[18] Selepas PN, kenapa tidak cuba Anwar pula?
https://www.utusan.com.my/berita/2021/07/selepas-pn-kenapa-tidak-cuba-anwar-pula/