Siapa Kamu Nak Jahanamkan?

Siapa Kamu Nak Jahanamkan?

Zahid tak puas hati sebab Muhyiddin dapat masa sedikit sebelum undi sokong/tak sokong diadakan.

Dakwanya akan ada peristiwa ‘katak melompat’ dengan harga tawaran RM32 juta. (1)

Hello. Masa kamu sokong Muhyiddin jadi PM, bukankah mereka juga melompat dari Pakatan ke Perikatan?

Azmin Ali pun kamu semua ambil masuk.

Dan tak lama kemudian kawan baik Azmin, Xavier pun lompat.

Ini kan perkara biasa?

Apabila kamu buat ugutan tarik sokongan, mereka pun kena cari sokongan kan?

Kamu ingat game ini senang ke?

Bukannya selalu kamu main game ni, lawan tak nak buat hal dan bagi laluan macam kat Perak.

Geng Umno main game ni kat Sabah, kamu cetuskan pilihanraya.

Dan masa tu saya tengok kamu tak bising pasal kos jual beli pun?

Kamu tarik sokongan demi rakyat kononnya.

Kalau betul itu matlamatnya, sudah pasti kamu semua tak akan masuk politik pun.

Sekarang Umno satu kaki dalam, satu kaki luar.

Pihak mana yang berjaya akhirnya pun, situasi jual beli sokongan tetap sebahagian sistem politik kita kan?

Dan sudah pasti ada orang yang akan gatal kemudian nak main game ini lagi.

Saya nak kamu semua faham sesuatu.

Apa yang kamu semua buat di sini bukannya untuk kepentingan rakyat tetapi akan menyusahkan rakyat lagi.

Kerajaan sekarang memang ada bodohnya.

Itu adalah ‘part and parcel of kerajaan’.

Tak kira siapa berkuasa, kerajaan bodoh ‘is a natural thing’.

Kamu berada di dalam kerajaan, kamu boleh menambah baik dan mengubati sedikit kebodohan itu.

Kamu nak tumbangkan kerajaan tanpa memberi jawapan siapa yang akan ambil alih sebagai PM, kamu yang sengaja nak jadikan situasi lebih teruk dan menjahamkan rakyat semua.

Sebab itu saya tak sokong kamu semua main game sokong/tak sokong ni.

Setiap kali ia dimainkan, pemimpin semua tak buat kerja kerajaan dan lebih sibuk cari dana sana sini untuk membiayai kos game beli sokongan.

  1. Harga ‘katak politik’ cecah RM32 juta sebelum Parlimen dibuka September, sindir Zahid – https://www.freemalaysiatoday.com/…/harga-katak…/

P.S. Sebenarnya kamu dulu yang jadi katak. Rakyat masih ingat semasa kerajaan Pakatan Harapan tumbang dulu, Umno, Bersatu dan PAS mewujudkan kerjasama untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional. Dalam masa kerajaan bertungkus lumus nak memerangi pandemik Covid-19 kamu lompat dan memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim. Sekarang kamu nak ajak semua Ahli Parlimen meninggalkan Perikatan Nasional dan memberi sokongan kepada cikgu kamu. Siapa yang katak?

Isu Semasa