Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong merupakan daya tarikan ekopelancongan yang terletak di sekitar Tasik Kenyir.
Tanjung Mentong merupakan pintu masuk ke Taman Negara yang unik kerana satu-satunya cara untuk sampai ke sini adalah dengan menaiki bot merentas Tasik Kenyir, iaitu tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.
Sekiranya anda ingin ke Taman Negara Terengganu, permit masuk dan lain-lain lesen berkaitan boleh diperolehi di Pejabat Taman Negara Terengganu yang terletak di Kuala Berang.
Antara aktiviti yang terdapat di Taman Negara Terengganu ialah pemerhatian burung, merentis hutan, memancing dan aktiviti air seperti melawat air terjun serta kembara Gua Bewah dan Gua Taat yang mempunyai nilai arkeologi.
Semua aktiviti dijalankan secara harian sahaja dan tidak dibenarkan bermalam di semua lokasi aktiviti dalam tempoh PKPP.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong boleh dilihat pada pautan:
Kredit gambar: Niza