Diminta berucap.
Saya tayangkan dua keping gambar lama yang penuh makna bagi saya.
“Tuan puan, 2 hari lepas anniversary saya dan suami yang ke 21 tahun.
Anak sulung saya, hujung bulan ini berusia 20 tahun.
Dan masa umurnya 2 tahun, saya pernah datang rumah Ayah Chik.
“Ayah Chik ingat tak?”
Saya tunjukkan gambar pertama. Moment yang masih segar dalam ingatan saya.
Masa tu, Ayah Chik Menteri Besar Terengganu.
Kami bukan sesiapapun, tapi beranikan diri datang ketuk pintu.
Ayah Chik jemput masuk, layan kami sembang hampir 1 jam.
Padahal kami cuma adukan beberapa masalah peribadi, termasuk masalah anak yang hyper aktif.
Ayah Chik layan dan jawab semua pertanyaan kami.

“Ayah Chik ingat tak?”
TG Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang senyum.
Mungkin sudah lupa.
Tapi saya sebut detik itu sebagai satu detik di mana layanan baiknya itu jadi asbab Allah buka hati saya untuk gembira menadah ilmu daripadanya di Masjid Rusila.
Rutin pagi Jumaat kami sekeluarga.
Dan saya tunjukkan gambar yang kedua.
Anak-anak saya ada 7 orang.
Kalau saya masuk masjid, memang masing-masing tak tau duduk diam.
Takut menggangu orang nak dengar kuliah Ayah Chik.
Saya pernah bentang tikar tepi laut, sambil dengar kuliah Ayah Chik tapi susah nak fokus sebab asyik nak awasi anak-anak jangan main air.
Akhirnya, di mana saya menadah ilmu daripada kuliah Ayah Chik?
Jawapannya ada pada gambar yang kedua.

“Ayah Chik kenal tak tempat ni?”
Tepi semak.
Jauh dari masjid, tapi speaker masjid jelas kat sini.
Ya, anak-anak saya bawa semua dalam kereta.
Ada yang dengar kuliah, ada yang tidur.
Tapi saya tekun dengar.
Dan ini gambar yang anak saya candid.
Masa ni, saya sedang catat isi penting daripada kuliah Ayah Chik.
Bukti.
Kecintaan saya pada ilmu.
Dan pada akhlak seorang ulama’ yang pernah terpamer di depan mata saya.
Dan saya bawa pasukan penulis di bawah bimbingan saya untuk turut merasai kebahagiaannya.
Masa Ayah Chik melayan kami sekeluarga, tentu saja Ayah Chik tak terfikir sebesar ini impak daripada baik budinya ketika itu.
Tapi inilah yang berlaku.
Cinta yang terus subur hingga ke hari ini.
Dan ramai penulis akademi ini yang beritahu saya, betapa jauh tersasar pandangan mereka tentang Ayah Chik setelah akhirnya bertemu muka.
Dan mereka juga sudah mula jatuh cinta.
Allahu Akbar!
Perjuangan kami sebagai penulis kecil, cuba meneruskan perjuangan besarnya.
Insya-Allah, sedaya upaya!
- Moment Captured
Pertemuan Tertutup
SEMBANG SANTAI AYAH CHIK DAN AKADEMI BONDA NOR.
Oleh: Bonda Nor
