Hari ini YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi Malaysia telah menerima kunjungan Hormat PYT Kamala Shirin Lakhdhir, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia dan delegasi yang berlangsung di Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi.
Perbincangan dua hala dan kerjasama erat terus dijalin berkenaan hasil komoditi negara terutama produk sawit negara.
Beberapa perbincangan dan penjelasan dikongsi dan dimurnikan bagi mengukuhkan kerjasama ini.
Turut hadir, YBhg Tuan Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi dan para pegawai kanan KPPK.








