Agak menarik juga bila tiba-tiba saja Dr Kamil Majid, yang baru saja menyertai AMANAH, membangkitkan mengenai isu Syiah (dan Wahabi).
Ramai yang mungkin sedia maklum bahawa isu Syiah adalah isu yang agak sensitif di kalangan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin AMANAH.
Anakanda saudara Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Mohd Sabri Salleh, umpamanya keluar dari AMANAH pada 10 September 2018 atas isu Syiah inilah.
Beliau pernah secara terbuka mengakui sebab beliau meninggalkan AMANAH adalah kerana persepsi Syiah yang melingkari Presidennya “langsung kita tak (bo)leh pelepas (jawab)”.
Hari ini pula, entah apa puncanya, tiba-tiba saja Dr Kamil Majid memetik pesan Almarhum Tok Guru Nik Aziz supaya “Biarkan Syiah di Iran, biarkan Wahabi di Saudi”.
Walau apa pun puncanya sehingga Dr Kamil Majid tiba-tiba saja membangkitkan mengenai isu Syiah (dan Wahabi), saya tidak ragu-ragu untuk menyokong beliau di dalam isu ini.
Kamarul Yusoff
Pautan yang berkenaan: https://facebook.com/story.php?story_fbid=10221073203554202&id=1066731898
