Selepas menyindir Husam Musa dengan seruan supaya jangan bergaduh dengan istana, Dr Mohamad Kamil Abdul Majid yang baru menyertai PAN nampaknya melancarkan serangan baru terhadap pemimpin PAN.
Kali ini giliran Mat Sabu dan sekutu-sekutu rapatnya dalam kem yang dilabel sendiri oleh sesetengah pemimpin dan ahli PAN sebagai ‘geng Syiah’ menjadi sasaran.
Posting terbaru Ustaz Kamil nampaknya akan mewujudkan gelombang reformasi dalam PAN.
Selama ini saya mengenali Dr Kamil sebagai seorang pengkaji pemikiran reformis, hari ini beliau cuba menjadi reformer dalam PAN pula.
Isu Syiah ini adalah isu yang telah lama dan panjang kisahnya di dalam PAS.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah menulis kepada Mat Sabu di atas kedudukan beliau sebagai Mursyidul Am PAS, bertanyakan aqidah Mat Sabu.

Saya membaca jawaban Mat Sabu kepada Tuan Guru Mursyidul Am PAS itu.
Mat Sabu bertegas bahawa dia beramal dengan ajaran Ahli Sunnah, tetapi dia tidak menafikan dakwaan Syiah yang dituduhkan ke atasnya.
Ketika itu saya berfikir, “pengikut Syiah biasa sahaja kalau bertaqiyah.”
Isu Syiah pimpinan PAN sudah sampai kepada sebutan Menteri Dalam Negeri satu ketika dahulu.
Mat Sabu pernah mengugut untuk menyamannya, tetapi diam sahaja selepas itu.
Saya sendiri tidak tahu apakah Mat Sabu itu Syiah atau tidak, tetapi saya selalu saja mendengar teman-teman rapatnya mengesahkannya.
Saya biasa juga melihat mereka bersolat beralaskan batu Kerbala.
Ada beberapa di antara mereka yang sudah arwah, mengaku kepada saya bahawa mereka Syiah.
Bahkan ada di antara mereka mengatakan bahawa di kalangan mereka yang sudah aktif bersama PAN itu mengamalkan nikah mut’ah.
Apa pun, saya tidak berminat untuk mengungkit apa yang pemimpin PAN anut.
Tetapi yang saya tertarik ialah serangan terbaru dari Dr Kamil yang kelihatan dituju kepada pemimpin tertinggi PAN.
Ringkas tetapi sinis.
Pedas dan menghiris.
Pesan saya, Ustaz Kamil mesti berhati-hati.
Politik PAN ini, lu langsi lu mati!
Mohd Fadli Ghani
