Ziarah Muslimat PAS Di Pulau Perhentian

Ziarah Muslimat PAS Di Pulau Perhentian

Sepanjang dua hari berkampung di Pulau Perhentian, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, To’ Puan Hajah Zarani Othman bersama-sama dengan Hajah Napisah Ismail yang merupakan Ketua Muslimat kawasan Besut dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Muslimat PAS DUN Kuala Besut mengadakan ziarah menemui penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Program Pelancongan Komuniti di Pulau tersebut adalah anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera, Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Besut.

Menurut beliau yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Khairunnisa’ merangkap Pengerusi Mawaddah Terengganu, aktiviti ziarah sudah sinonim dalam budaya kita.

Islam juga sangat menggalakkan umatnya ziarah-menziarahi kerana dapat menguatkan dan mengeratkan silaturahim kekeluargaan serta persahabatan.

Selain itu, budaya ziarah-menziarahi ini juga menjadi platform untuk memupuk sifat terpuji dan akhlak murni dengan menghormati orang tua, tolong-menolong, menjaga adab dan sopan santun ketika bergaul.

Perpaduan boleh ditingkatkan tanpa memikirkan perbezaan politik, kedudukan dan pangkat.

Terengganu