Madrasah Moden Terengganu

Madrasah Moden Terengganu

Dahulu dikenali sebagai Madrasah Moden Maidam.

Bermula 2018 MMT ini diserahkan sepenuhnya kepada Bahagian Pendidikan JHEAT, satu cabaran yang besar buat kami.

Pada masa yang sama kami diamanahkan membuka 6 buah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI).

Rasa seolah bermimpi dapat melaksanakan tugas berat ini, pada masa itu kami akui kemudahan yang ada di sekolah istimewa ini sangat dhaif.

Sampai ke hari ini pun banyak perkara tidak mampu diselesaikan dengan kadar segera.

MMT ini Sgt istimewa kerana satu-satunya SEKOLAH DI MALAYSIA MENGAMBIL PELAJAR LEMAH UNTUK DITEMPATKAN DI ASRAMA PENUH.

Terengganu sangat hebat dalam pendidikan di tambah dengan kehebatan ini satu lagi.

Pengambilan pelajar pada peringkat awal lebih tertumpu pada pelajar yang lemah.

Hasrat kerajaan dahulu agar pelajar lemah ini mampu menjadi Imam dan Bilal.

Alhamdulillah sungguh murni usaha itu.

Pada awal saya juga bimbang pada sekolah ini apabila bertukar kerajaan.

Bimbang perkara sama berlaku pada SRAB dahulu.

Alhamdulillah kerajaan yang ada pada hari ini cerdik pertimbangan dan matang dalam membuat keputusan.

Tidak terburu-buru seperti kerajaan dahulu.

Banyak perubahan dan penambahbaikan dibuat oleh kerajaan hari ini.

Syabas dan tahniah buat kerajaan Terengganu khususnya Exco Pendidikan.

Apabila diberi tugas dan amanah kita harus melakukan sebaik mungkin.

Sebagai penjawat awam tugas itu mesti mengikut SOP yang ditetapkan dan mempunyai garis panduan yang perlu di ikuti.

INI SEKOLAH KERAJAAN BUKAN SWASTA.

KURIKULUM disini menggunakan silibus KSSM (KPM) dan silibus Thurath (kurikulum Negeri).

Pelajar yang belajar disini belajar kitab thurath DARI KULIT KE KULIT.

Namun semakan kurikulum itu sentiasa ada dan mana-mana kitab yang berat dan tidak mampu di habiskan kita akan khususkan kepada bab yang perlu di pelajari.

Perlu ada DSKP, perlu ada RPT dan guru-guru perlu sediakan RPH.

InsyaAllah kita akan menggunakan BLANDED LEARNING juga sebagaimana di SRIDI dan SMIDI.

Doakan kami.

Pelajar di MMT akan mengambil peperiksaan

1. PT3

2. Sijil Menengah Rendah Madrasah (SMRM)

3. SPM

4. Sijil Thurath Madrasah (STM)

Bagi sijil Thurath Madrasah insyaAllah kita akan bermuaadalah dengan beberapa University di dalam dan luar negara bagi hala tuju anak-anak MMT ini

InsyaAllah doakan kami agar Allah memudahkan segala kerja buat kami.

Terima kasih buat semua pengurusan MMT dan guru-guru hebat kami

Aida Tengah

Pendidikan