Sesiapa yang sengaja biarkan poster ahlong bergayutan di kawasan komuniti masing-masing tanpa apa-apa tindakan boleh dianggap bersubahat membenarkan aktiviti ahlong berleluasa.
Ini kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barang siapa melihat kemungkaran, hendaklah mencegahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, cegahlah dengan mulut, jika tidak mampu, cegahlah dengan hati, sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.”
Riwayat Imam Muslim
Firman Allah yang bermaksud:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Surah Ali-Imran: 104
Jika benda semudah dan sekecil itu pun kita tak mampu nak bantu banteras, bagaimana kita nak banteras perkara-perkara yang lebih besar dan membarah?
Kita buat mengikut kuasa @ kemampuan kita…bukan semestinya nak kena ambush ahlong tu baru namanya banteras.
Itu kerja pihak berkuasa.
Aku benci aktiviti ahlong ni sebab aku dah banyak tengok kesengsaraan peminjam-peminjam ahlong.
Pinjam hanya beberapa ribu, tapi dipaksa bayar berlipat ganda.
Bukan sekali ganda, bukan dua kali ganda…di celahan itu, datang pulak ahlong lain kononnya nak bantu…padahal mereka semua satu geng saja.
Sekali dah tersangkut leher, susah nak lepaskan diri.
Kebanyakan ahlong ni boleh untung daripada aktiviti perjudian, peras ugut dan jenayah lain.
Salah satu cara mereka nak cuci duit ialah dengan menjalankan perniagaan memberi pinjaman.
Itu salah satu sebab depa ada lesen “money lending”.
Aktiviti depa sebenarnya adalah “money laundering” … berlesen atau tidak berlesen, sama saja ahlong ni.
Justeru itu, pada aku sesiapa yang pandang sebelah mata saja tanpa apa-apa tindakan untuk membantu halang kemungkaran aktiviti ahlong daripada terus berleluasa dan dapat sambutan.
Ia merupakan satu bentuk subahat…tambahan lagi waktu sukar zaman pandemik ini, ahlong makin galak promosikan aktiviti depa sebab depa tahu orang-orang Melayulah yang paling ramai melanggan perkhidmatan depa.
Ayuh semua! Koyak dan buang poster ahlong setidak-tidaknya di lokaliti masing-masing sudah memadai.
alFaqir Ilallah PPK