Isu Sekolah UEC dan Bajet

Isu Sekolah UEC dan Bajet

Bagi saya, hanya dua Jenis sekolah di Malaysia.

Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Swasta.

Saya graduan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim dan Sekolah Jenis Kebangsaan Sin Kwang.

Jenis ke tak Jenis ke, SJK Sin Kwang dia Sekolah Kebangsaan.

Sama dengan Sekolah menengah.

Saya pernah mengajar Koir di Sek Men Jen Kebangsaan Sin Min, Sg. Petani, Sek Men Jen Kebangsaan Keat Hwa, Alor Star, Sek Men Jen Kebangsaan Chan Wa, Seremban.

Semua ini adalah Sekolah Kebangsaan.

Pelajarnya mengambil SPM, semua subjek dalam Bahasa Kebangsaan selain subjek Inggeris dan Bahasa Cina.

Sekolah Persendirian Cina yang ambil UEC itu boleh dikategorikan sebagai Sekolah Swasta kerana ia bukan bawah penyeliaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Namun, hampir 50% pelajar Sekolah Persendirian Cina mengambil dua-dua UEC dan SPM.

Untuk makluman, buat masa sekarang, pelajar berbangsa Cina yang mengambil SPM adalah 4 kali Ganda daripada mereka yang ambil UEC sahaja.

Kalau bajet peruntukan kepada Sekolah Kebangsaan (termasuk Bantuan penuh dan bantuan separuh), ianya merangkumi semua Sekolah Kebangsaan.

Kalau bajet peruntukan kepada Sekolah UEC, maka perlulah adil kepada semua Sekolah Swasta lain.

Kalau Sekolah Swasta tidak dapat peruntukan, maka tak perlulah mana mana Sekolah Swasta dapat apa-apa.

Saya pasti ramai akan menuduh saya sebagai pengkhianat Bangsa.

Saya BUKAN pengkhianat Bangsa.

Saya adalah pengamal Bahasa Ibunda yang bersehala tuju dengan aliran pendidikan Kebangsaan.

Saya adalah warga Malaysia, bukan Republik Rakyat Cina.

Bahasa Kebangsaan saya adalah Bahasa Melayu, bukan Bahasa Mandarin.

Kalaulah saya adalah pengkhianat, lebih ramai pengkhianat Cina di Malaysia yang ambil SPM sahaja daripada yang ambil UEC.

Selain itu, perkataan “ Vernakular “ itu telah memberi gambaran bahawa Sekolah itu bukan dalam sistem tunjang pendidikan Kebangsaan.

Sebagai warganegara Malaysia, ibubapa saya menghantar saya ke Sek Men Kebangsaan, sebagai seorang yang berketurunan Cina, mereka menghantar saya ke Sek Ren Jen Kebangsaan.

Oleh itu, saya boleh berucap dua-dua Bahasa Kebangsaan Ibunda.

Saya tidak ada sebarang pertalian dengan mana-mana Sekolah Persendirian Cina yang mengambil UEC.

Tetapi saya tetap graduan SJK.

SJK ini adalah satu teladan dan contoh yang menunjukkan orang Malaysia adalah orang yang inklusif, sabar, toleransi, berpandangan jauh, berfikiran terbuka.

Kerajaan Singapura, Siam dan Indonesia tidak menyokong Sekolah Rendah yang beraliran Cina, satu dunia melainkan Rakyat China, tiada Negara lain yang memasukkan aliran Cina dalam aliran Kebangsaan.

Terima kasih kepada ibubapa saya yang menghantar saya ke Sek Rendah Cina dan Sek Men Kebangsaan.

Terima kasih kepada semua warga Malaysia yang memberikan pendidikan Kebangsaan dan Ibunda yang sempurna kepada saya.

Kerana kamu, saya berada dimana saya berada sekarang.

Sebagai rumusan, saya berharap agar Sek Ren Jenis KEBANGSAAN dijaga oleh bajet sepertimana sekolah yang beralirkan aliran Kebangsaan yang lain, dan tok sah penduli Sekolah Swasta yang dibuka berdasarkan permintaan.

Apek Cina

Pendidikan