Kitab Log Aktiviti Di Hari Pembalasan

Kitab Log Aktiviti Di Hari Pembalasan

Antara akidah kita yang kita wajib imani adalah adanya hari Akhirat dan pembalasan ke atas amalan kita semasa di dunia.

Setiap perbuatan kita dicatat dan akan dibentangkan semua di hadapan kita kelak.

Saat itu ego dan keangkuhan kita akan musnah.

Perasaan cuak, takut, menggigil cemas, risau etc mula menguasai diri.

Kaki fitnah pucat lesi.

Kaki troll menjadi cemas.

Kaki sembang kencang kelu tidak terkata.

Kaki maksiat berputus asa.

Pemaki hamun hilang upaya.

Penzalim dan penindas terduduk.

Menyesalnya tidak bertepi.

Saat kita membaca perenggan di atas, minda kita masih refleks semua perbuatan itu adalah perbuatan orang lain, tidak mahu mengaku yang kita juga pernah terlibat.

Di akhirat sana, tiada siapa pun dapat nafi.

Segalanya telah tertulis dalam ‘kitab’ Log Aktiviti yang sangat detail, sekecil-kecil amalan sehingga sebesar-besarnya.

Sedangkan Facebook merekodkan Log Aktiviti kita tanpa gagal.

Apa saja yang kita buat menggunakan akaun Facebook kita, akan tercatat dalam Log Aktiviti.

Maka sangat mudah bagi Allah mengatur catatanLog Aktiviti kita semasa hidup di dunia.

Orang-orang beriman akan beringat akan perkara ini.

Apabila terlajak melakukan perkara dosa dan maksiat, mereka akan cepat-cepat bertaubat, memohon maaf, menginsafi diri.

Taubat tidaklah memadamkan catatan Log Aktiviti, tetapi catatan taubat kita akan ada dalam Log Aktiviti.

Semoga kelak taubat kita itu menjadi salah satu insurans kepada kita pada saat tiada syarikat insuran yang akan bertanggungjawab.

Semoga tulisan ini jika ada manfaatnya, dan bolehlah sama-sama sebarkan dan bentukkan jaringan network amalan yang mendapat ganjaran berterusan.

Jika posting troll dan kritik orang dapat Share dan komen yang banyak, maka sudah tiba masanya kita reshuffle balik Log Aktiviti FB kita dan catatan amalan kita supaya terisi dengan kerja amal kebajikan.

Nak Like, like lah perkara yang bermanfaat, Share benda yang bermanfaat.

Sekian

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Isu Semasa