Ada satu cerita yang aku dengar dahulu. Lama dahulu. Mungkin tidak betul, mungkin juga betul.
Tetapi boleh diambil pengertian dan persamaan dengan apa yang berlaku sekarang.
Janganlah serius sangat, yang penting kita saling mengingati.
Cerita tentang mati.
Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang jam. Dia tinggal keseorangan.
Ternyata dia telah ditinggalkan isterinya, tanpa anak.
Alasannya ialah dia tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya.
Dia merasa amat sedih, namun terpaksa meneruskan kehidupannya.
Maka bekerjalah dia siang dan malam bagi melupakan kecewa hatinya itu.
Dia menjual dan juga membaiki jam di kedainya.
Lama dia berusaha melupakannya.
Pada suatu hari, oleh kerana dia terlalu lama duduk membaiki jam, maka diapun bangun mahu ke tandas, untuk melepaskan hajat.
Ada pelanggan yang menunggu.
Setelah dia masuk tandas, kedengaran suara dia menjerit cemas. Kemudian senyap.
Lama juga pelanggannya menunggu, tetapi dia tidak juga keluar dari tandas.
Akhirnya pelanggan pergi ke tandas, mahu melihat apa yang terjadi.
Rupa-rupanya, tukang jam itu telah meninggal.
Dengan ekspresi wajahnya yang amat terkejut.
Segera dipanggil polis untuk membuat siasatan.
Setelah lama menyiasat, akhirnya polis mendapati tukang jam itu memang mati terkejut, bukan dibunuh.
Dia terkejut kerana melihat ‘angry bird’nya menjadi besar secara tiba-tiba.
Rupanya, dia lupa mahu menanggalkan kanta yang sentiasa dipakai pada sebelah matanya oleh tukang jam apabila mahu membaiki jam.
Jadi dia terkejut kerana melihat barangnya menjadi besar secara tiba-tiba.
Begitulah juga, hampir sama kisahnya bagaimana PH mati terkejut tahun lepas.
PH mati kerana terkejut melihat kemenangan atas janji-janji palsu mereka yang besar kepada rakyat.
Tetapi mereka lupa yang ada bersama mereka ialah ‘kanta pembesar’ iaitu Tun Mahathir.
Tunlah yang membuat PH rasa besar kepala yang kemudiannya Tun bunuh mereka dengan membuang dirinya sendiri dari jawatan PM.
Sekarang PH nak salahkan orang lain.
Kau jangan macam-macamlah PH.
Nafsu besar, janji macam-macam, tapi tak mampu nak tunaikan.
Mujur jugak 24 Februari. Kalau Tun pilih 29 Februari, alamatnya empat tahun sekalilah baru dapat kita sambut hari kejatuhan PH.
Terima kasih Tun.
Mohd Nasir Abdullah
24 Februari 2021
