Setiap hari saya baca pendapat orang Pro-Pakatan mengenai keputusan mahkamah yang tidak adil. (1)
Antara alasan kenapa Malaysiakini tidak patut dikenakan denda RM500,000 ialah kerana ia akan menjadikan syarikat kecil itu bankrap, dan itu sesuatu hukuman yang tidak adil.
Kamu semua ni menyampah walaupun saya setuju dengan pendapat kamu.
Sememangnya hukuman sebegitu berat tidak patut dikenakan kerana ia mungkin menjejaskan kebolehan sesuatu syarikat media membuat liputan dan menulis laporan tanpa perasaan takut.
Tapi alasan itu sudah lama tidak boleh digunakan semenjak setiap ahli politik itu sentiasa akan fail tindakan saman fitnah terhadap media.
Lim Guan Eng dapat RM400,000 dari NST dan Utusan tahun 2019.
Ya, dua syarikat kena bayar duit pampasan itu. (2)
Lim Kit Siang dapat RM250,000 dari Utusan juga tahun 2015. (3)
Kenapa masa itu kamu semua tak bising pasal ‘denda’ yang terlampau?
Jadi kalau LGE dan LKS boleh dapat pampasan begitu banyak dan terdapat komen fitnah terhadap hakim dan mahkamah, kenapa pula denda RM500,000 itu tidak adil?
Bukannya hakim yang dapat duit tu pun.
Haih.
Kalau kena kat Utusan saja, memang ada banyak komen yang kata bagus Utusan kena bayar begitu banyak.
Lebih baik Utusan disaman sehingga mereka tutup.
Kan itu perangai kamu semua?
Ahli politik semua memang suka-suka cakap benda menyampah saja.
Kata ‘Malaysia is broken’ tapi mereka sendiri juga yang menggunakan perangai sama untuk memastikan ‘Malaysia remains broken’.
Peace.
Mak Khuin Weng – マク
1. https://www.thevibes.com/…/guilt-in-contempt-case…
