Balak, Three Stooges, Khabar Baik Dan Buruk

Balak, Three Stooges, Khabar Baik Dan Buruk

Malam semalam aku berpeluang berhubung dengan Dr MZaki Hamzah , seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia, pakar berkenaan perhutanan, pembalakan dan juga hal-hal berkaitan dengannya.

Beliau sekarang berkhidmat di Terengganu Strategic and Intergrity Institute (TSIS) sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 2.

Alhamdulillah banyak input-input yang beliau berikan dan membenarkan ia menjadi tulisan aku.

Terima kasih Dr. Rupanya dia orang sebelah kampung aku, tak jauh, dalam satu km sahaja, Tanjung Batu Satu.

Oleh kerana maklumat yang agak baik untuk difahami, maka aku berkongsi dengan kau orang semua.

Insya Allah daripada aku, apa yang sesuai untuk dihebahkan, kau orang akan menerimanya juga.

Apalagi berkenaan menangkis fitnah.

Menurut Dr Zaki, hutan simpan ada dua kategori.

Satu Hutan Simpanan Kekal (HSK) Perlindungan dan satu lagi HSK Produktif yang mana jumlah keduanya berkeluasan 4.81 juta ha (semenanjung).

Hanya HSK Produktif yang dikeluarkan hasil kayu dengan Pengurusan Hutan Mampan (SFM), menggunakan Sistem Pengurusan Memilih (SMS), yang diiktiraf oleh International Topical Timber Organization (ITTO).

SMS diiktiraf sebagai sistem yang jitu dan padu.

Manakala HSK Perlindungan pula adalah kawasan yang perlu dilindungi secara kekal.

Perlu diketahui, dalam kebenaran menebang, ada Had Batas Tebangan (HBT) iaitu syarat utama yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu antaranya saiz minima pokok.

Bagi Damar 65cm, Bukan Damar 55cm dan Cengal 70cm untuk ukurlilit.

Ada juga kawalan isipadu seperti hutan yang telah dituai sebanyak 28m3/ha hingga 61m3/ha dan maksima 85m3/ha bagi hutan dara.

Jadi purata pokok yang boleh ditebang biasanya hanya 7-15 sahaja per ha.

Jadi lebih banyak pokok bersaiz besar dalam satu kompatmen itu, maka lebih sedikit jumlah pokok yang boleh ditebang, berdasarkan kepada isipadu dan juga saiz pokok sebagaimana yang ditetapakan dalam HBT itu.

Umumnya pelesen boleh menebang pokok Cengal yang besar, meninggalkan banyak lagi cengal yang bersaiz sederhana – besar.

Keputusan perlu dibuat di lapangan, berdasarkan banyak senario.

Pokok Cengal terbesar di kompatmen 5, Pasir Raja itu, bersama lebih daripada 10 pokok Cengal lain (yang lebih kurang sama besarnya) masih dilindungi di dalam HSK (Perlindungan).

Asalnya kawasan pokok cengal ini dikategorikan sebagai HSK (Produktif).

Bila menyedari tentang kepentingan Cengal terbesar dan Cengal-Cengal yang lain, seluruh kompatmen tersebut (lebih kurang 400 – 500 ha, luas sebenar, kurang pasti) telah dijadikan sebagai Hutan Simpanan kekal (Perlindungan), melalui konsep High Conservation Value Forest.

Jadi jelas, pokok Cengal berusia seribu tahun lebih, di kompatmen 5, Pasir Raja, Dungun yang difitnah dikatakan telah ditebang itu, tidak akan boleh ditebang sama sekali kerana berada di HSK Perlindungan.

Namun menurut Dr Zaki secara peribadinya, beliau ingin melihat pokok-pokok Cengal dijadikan sebagai pokok yang dilindungi kerana bimbang akan kepupusan.

Lagi pun ia hanya mampu dibeli oleh golongan T20 atau T10 sahaja.

Aku bertanggungjawab atas kefahaman aku tentang maklumat ini.

Dan jika aku tersalah faham dengan info-info yang diberikan, hanya teguran dari Dr Zaki yang aku terima, bukan dari netizen.

Dan jika netizen tidak berpuashati, itu, bukan masalah aku lagi.

Aku yakin dan percaya, maklumat ini sangat jelas dan terang, secara mudah, telah diberikan oleh Dr Zaki.

Terima kasih sekali lagi Dr.

Disebabkan masih lagi suka mencari kesalahan, maka ‘Three Stooges’ tetap dengan agenda lawak mereka.

Dengan tangkap layar yang aku sertakan itu, maka anda boleh melihat tahap pemikiran mereka yang cuba mengheret isu ini supaya kononnya berlarutan.

Dia ingat rakyat Terengganu dungu?

Ada sedikit persoalan mengenai serangan buta mereka.

Jika Umno menyerang, kita faham, mereka mahu kembali memerintah.

Dan kita juga maklum yang Umno mempunyai kekuatan bagi mengalahkan PAS.

Namun Pan, apa tujuannya?

Musuh tradisi untuk politik di Terengganu ialah PAS dan Umno, malah PKR juga tiada dalam gelanggang.

Jadi jika Pan mahu kalahkan PAS (jika Pan masih ada lagi lah di Terengganu masa itu), yang dapat nanti Umno.

Apa kaitan Pan dengan Umno?

Dapatkah mereka jawatan?

Atau mungkinkah sebagaimana kata salah seorang mereka yang bimbang babi-babi di Pasir Raja tidak dapat berteduh di bawah Cengal besar itu?

Jadi niat mereka mahu membantu Umno menang kerana ingin menjaga babikah?

Jika begitu, legalah Umno, kerana babi-babi di Terengganu nanti sudah ada penjaganya.

Seorang lagi hanya menyebut membalak bersama ulamak sahaja.

Mungkin takut sebab dahulu ada juga isu saman menyaman kepada dia.

Dan seorang lagi, masih tidak puashati dengan saiz balak yang dikeluarkan itu, walaupun sudah salah tentang lokasi balak tumbang itu sebenarnya di Kedah.

Tetapi insyaAllah aku percaya dia akan kekal buat bodoh dengan maklumat yang diberikan oleh Dr Zaki ini.

Jadi apa berita baiknya?

Berita baiknya mereka semua adalah dari Pan.

Manakala berita buruknya pula ialah, ketiga-tiga mereka adalah orang Terengganu.

Kita ada mempunyai kebimbangan akan kadar keboleh jangkitan bodoh mereka ini kepada rakyat Terengganu.

Kita takut ini adalah varian baharu, jadi tiada lagi ubat atau vaksin bagi mencegahnya buat masa ini.

Yang anda perlu lakukan adalah PKP kendiri yang mana, jauhkan diri anda dan keluarga anda dari mereka.

Inilah saranan terbaik untuk anda selamat dari dijangkiti.

Aku ada pantun juga. Pantun cincau.

Pagi hari pergi Macau
Singgah Penang beli cincau
Ijau muka mak kau
Lepas minum cincau

Perlu diingat Macau itu dibaca Makau, nanti tak pasal-pasal dia orang jadi isu yang aku cemarkan bahasa.

Dia orang bukan boleh buat kira.

Dahulu aku ada baca sebuah buku yang bertajuk Kemenangan Yang Tertangguh atau akronimnya KYT.

Nanti kalau aku ada peluang, aku nak tulis juga buku dan akronimnya KYT juga, Koyak Yang Teruk.

Oh, sebelum menutup tulisan ini, gambar hutan gondol itu ialah di Teluk Bahang, Terengganu.

Eh sebab apa di Terengganu?

Sebab ada G kat belakang.

Harap tak ada orang buat laporan polis sebab aku sebut Teluk Bahang kat Terengganu.

Alah, sama macam Yan kat Dungun gak, kan?

Mohd Nasir Abdullah
29 Mei 2021

Isu Semasa