SEJARAH, GEOPOLITIK, MILITARI: JERUSALEM DI ERA AKHIR TURKI UHTMANIYAH
Dalam BAH 1, perkongsian mengenai sejarah Jerusalem sejak peradaban manusia purba sehinggalah era awal Islam dan seterusnya telah kita kongsikan.
Lokasi yang strategik serta simbol utama keagamaan bagi 3 agama samawi, Islam, Kristian dan Yahudi, menyebabkan Jerusalem berganti empayar bersilih ganti, di mana era selepas masihi, kerajaan-kerajaan Islam menguasainya hampir 1,300 tahun.
Menjelang kurun ke 19, Empayar Turki Uthmaniyah mengalami era memerosotan dalam segenap bidang, baik teknologi, sains, ketenteraan dan sumber manusia.
Kemaraan mereka paling jauh adalah hingga ke Vienna, Austria pada tahun 1683, dipimpin Panglima Kara Mustafa Pasha dengan kekuatan tidak kurang 200 ribu tentera Turki.
Kemaraan ini ditentang oleh Holy League, pakatan kerajaan-kerajaan Kristian Eropah, dan serangan balas diketuai Raja Poland, John III Sobiescki dan pasukan kavalrinya yang terkenal dalam sejarah iaitu Winged Hussar.
Kekalahan ini menandakan kemaraan Uthmaniyah di titik paling puncak mereka, malah ada yang mengatakan sekiranya Vienna berjaya ditawan, kemaraan tentera Uthmaniyah akan menguasai Eropah, wilayah Habsburg, Frankish dan memasuki Itali, melintasi Banjaran Alps seterusnya mengancam Vatican City.
KEMEROSOTAN EMPAYAR UTHMANIYAH
Kurun 1700-1800 adalah kemerosotan Uthmaniyah selaku kuasa besar dunia dan di Eropah, terutamanya wilayahnya di Eropah.
Kemajuan industri negara-negara Eropah seperti British dan Perancis selari dengan fasa revolusi industri, meningkatkan keupayaan mereka selaku kuasa imperialis.
Uthmaniyah menghadapi pemberontakan dan peperangan dengan kuasa besar Eropah yang lain terutamanya Empayar Russia.
Juga pemberontakan Greece pada 1821yang membawa pada kemerdekaannya sejak dikuasai Uthmaniyah pada 1458, dikuasai hampir 363 tahun.
1811, pemberontakan di wilayah Hijaz buat pertama kalinya oleh house of Saud dan tentera wahabinya tetapi berjaya dipatahkan Uthmaniyah.
Uthmaniyah juga menghadapi ancaman Russia dan telah melalui pelbagai siri peperangan, terutamanya di Kaukasus, dan membawa kepada penguasaan Chechnya, Dagestan, Azerbaijan mengikut garis peta moden.
Perang Uthmaniyah vs Russia pada 1877-1878 antara yang melemahkan lagi kedudukan Uthmaniyah di wilayahnya seperti Wallachia, Romania dan Sg Danube.
Wilayah Uthmaniyah seperti di Mesir juga melalui pemberontakan melalui Muhammad Ali Pasha, antara figura yang memodenkan Mesir 1805-1848 dan memisahkan Mesir untuk diperintah secara wilayah naungan Uthmaniyah (vassal state), bukan Wilayah Uthmaniyah secara terus.
Ini adalah permulaan untuk Mesir dikuasai British melalui pembinaan Terusan Suez sehinggalah perang dunia kedua.
Uthmaniyah hampir kalah dalam peperangan memerangi pemberontakan Ali Pasha pada tahun 1831-1833, sehinggalah kuasa-kuasa besar seperti British, Perancis melakukan rundingan damai, ini untuk mengelakkan jika jatuhnya Uthmaniyah, power vacuum akan berlaku dan akan memudahkan Empayar Russia menguasai wilayah-wilayah Turki.
WILAYAH UTHMANIYAH DITELAN IMPERIALIS
1831, Pada tempoh yang sama juga wilaya Algeria di Afrika Utara juga dijajah oleh Perancis.
Uthmaniyah juga tidak mampu mengekang penguasaan Perancis yang memiliki ketenteraan lebih hebat ketika itu.
1911, Libya pula di langgar dan dijajah oleh Itali, ini kerana Itali melihat Libya adalah wilayahnya sejak dari zaman kegemilangan tamadun Rom.
Keupayaan tentera Uthmaniyah yang sedia kecil, walaupun dibantu pejuang-pejuang tempatan, tambahan pula Uthmaniyah tidak mempunyai tentera laut yang moden, dan laluan dihalang British untuk menghantar bekalan, kapal dan tentera melalui perairan Mesir.
1912, wilayah-wilayah Uthmaniyah di Balkan pula memberontak, Serbia, Bulgaria, Greece, Montenegro membentuk pakatan dan menewaskan garison tentera Uthmaniyah di wilayah-wilayah Balkan yang telah dikuasai hampir 500 tahun sebelum itu.
Pemberontakan ini dI sokong kerajaan Tsar Russia, mengambil kira mereka serumpun ras bangsa Slav.
Walau bagaimanapun, wilayah Uthmaniyah seperti di Mesopotomia (Iraq, Transjordan), Wilayah Hejaz (Mekah , Madinah, Aqaba, Jeddah) dan wilayah Levant (Syria, Lubnan , Palestin, Jerusalem) tidak mengalami sebarang kekacauan yang ketara.
UTHMANIYAH DAN PERANG DUNIA PERTAMA
Diasak oleh kuasa-kuasa imperialis seperti British dan Perancis, Jerman selaku kuasa industri Eropah yang baru selepas penyatuannya pada 1870 oleh Otto Von Bismarck, melihat Turki sebagai potensi sekutunya, ini kerana Uthmaniyah berkongsi musuh yang sama.
Pelbagai bantuan teknikal, persenjataan dan nasihat oleh Jerman kepada Uthmaniyah untuk memodenkan tentera Turki Uthmaniyah.
Persenjataan seperti meriam dari Krupp Industries, senapang dari Mauser dan kapal-kapal perang dari limbungan Jerman menjadi teras tentera Uthmaniyah
1914, perang dunia pertama tercetus antara Pasukan Bersekutu, British, Perancis, Russia (Allies) dan Kuasa Tengah-Jerman, Turki Uthmaniyah serta Austria Hungary (Central Power).
1915, Uthmaniyah cuba diserang melalui kuasa tentera laut Royal Navy, dengan melalui selat Dardanelles dan mengepung serta membedil Istanbul.
Tetapi angkatan laut British dan Perancis dikalahkan oleh meriam artileri Turki di sepanjang kubu selat, dan pendaratan askar darat British dari Australia dan New Zealand ditentang hebat tentera darat Turki.
Kempen ini adalah bencana bagi pasukan Bersekutu dan mereka berundur.
Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua, Sir Winston Churchill adalah Laksamana yang mngetuai operasi ini, manakala salah seorang pemimpin tentera Uthmaniyah, Mustafa Kemal Ataturk adalah bakal Presiden pertama Republik Turki.
Dengan kemenangan ini, Uthmaniyah yakin lalu menggerakkan pasukan tenteranya ke Mesir dan Mesopotamia (Iraq).
Kejayaan demi kejayaan dalam pertempuran sehinggalah Uthmaniyah berjaya dalam kempen di Iraq, melalui Battle Of Kut, menawan 8,000 askar British
Manakala satu lagi pasukan ekspedisi Uthmaniyah ke arah Mesir, melalui Syria, Lubnan dan Jerusalem, dengan objektif menawan Terusan Suez dan wilayah Mesir.
Kempen ini dikenali sebagai Sinai & Palestin Campaign.
Tetapi kemaraan Uthmaniyah berjaya disekat pasukan ANZAC British di Sinai, melalui pertempuran Battle Of Romani, Ogos 1916.
Ini merupakan titik perubahan dimana Turki pula diasak berundur sehingga akhir fasa perang.
PEMBERONTAKAN ARAB
Wilayah Hijaz di Mekah, Madinah dan lain-lain ditadbir oleh Sharif Mekah melalui kuasa yang diberikan oleh Uthmaniyah.
Tetapi, semangat nasionalis dan melihat pemerintahan Turki seolah-olah penjajahan, Sharif Mekah dibantu oleh seorang pegawai tentera British iaitu The Lawrence untuk memulakan pemberontakan.
Sabotaj landasan keretapi, serangan gerila, memutuskan bekalan tentera Uthmaniyah dan meletupkan fasiliti-fasiliti tentera Turki adalah sebahagian usaha mereka, bagi merencatkan operasi tentera Uthmaniyah.
British telah menjanjikan Sharif Hussein pada 1915 untuk membentuk kerajaan Arab merangkumi Hejaz, Levant, Trasnjordan, iaitu mengikut garis peta moden Arab Saudi, Lubnan, Palestin, Syria.
Ini menyebabkan Sharif Hussein dan anaknya Sharif Faisal melawan turki bersungguh-sungguh, tanpa menyedari mereka diperalatkan.
Tetapi, tanpa diketahui mereka, British dan Perancis juga membuat perjanjian awal untuk membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka selepas perang tamat.
Ini adalah titik tolak krisis moden Israel Palestin yang tidak berkesudahan hingga hari ini.
JERUSALEM PASCA PERANG DUNIA PERTAMA
Jerusalem akhirnya berjaya ditawan tentera British pada Dec 1917, tentera British diketuai oleh General Edmund Allenby.
Penguasaan Jerusalem ini menandakan tamatnya pemerintahan Uthmaniyah di Palestin selama 400 tahun sejak 1516.
1918, kekalahan semakin ketara pada Central Power di semua medan peperangan baik di Eropah, Russia, Kaukasus dan Mediterranean.
Akhirnya mereka menyerah kalah .
Pelbagai perjanjian dilakukan oleh yang memenangi peperangan untuk mengabsahkan kedudukan mereka selaku pemenang.
Perjanjian Sykes Picot yang telah dimeterai secara rahsia pada 1916 antara Imperialis, membahagikan wilayah Uthmaniah seperti berikut:
British – Palestin, Jerusalem, Iraq, Transjordan
Perancis – Lubnan, Syria
Ini untuk menentukan pengaruh dari segi geopolitik negara masing-masing selepas perang
Balfour Declaration 1917 juga merupakan salah satu titik tolak punca krisis moden ini, iaitu insiatif British untuk menempatkan pendatang yahudi serata Eropah ke Jerusalem dan Palestin sebagai penempatan mereka, atas sokongan yahudi Eropah pada British ketika perang.
Ini membuka kebanjiran pendatang yahudi serta Eropah tanpa kawalan dan menggangu keseimbangan demografi dan keamanan yang telah ada selama beratus tahun.
Palestin dan Jerusalem, ditadbir umpama koloni British dengan dinamakan Bristih Mandate.
Bermula dari 1918-1948 selama 30 tahun.
PELAJARAN YANG DAPAT DIPELAJARI
Tidak ada kerajaan, empayar atau figura yang kekal hebat selamanya, Uthamniyah telah mencapai puncak tinggi tamadunnya pada kurun 1600an dan kemudian tertinggal disebabkan ketinggalan pencapaian teknologi, teknikal dan sains.
Sharif Hussein dan tentera Arabnya telah dipergunakan oleh British untuk memberontak terhadap Turki Uthmaniyah, kedangkalan beliau dalam memahami geopolitik dan kelicikan kuasa Imperialis menyebabkan beliau dan tenteranya dikhianati selepas perang tamat.
Balfour Declaration 1917 yang diumumkan oleh kerajaan British adalah pengajaran di mana polisi dan hala tuju dalam tanah air ditentukan sewenang-wenangnya oleh penjajah, dan pendatang mendapat kelebihan atas sokongan yang diberikan, seterusnya menindas penduduk tempatan secara sistematik.
Dasar Pecah dan Perintah British ini sangat berkesan untuk mereka mengawal semua jajahan dan koloni mereka ketika itu termasuklah Tanah Melayu, tanah air kita.
Belajar lah sesuatu.
Nantikan artikel seterusnya,
PART 3 – BRITISH MANDATE & PENUBUHAN AWAL ISRAEL
Saya tidak mampu untuk berjuang di sana, diharap dengan penulisan dan perkongsian yang dikongsikan ini mampu memberi manfaat pada rakan-rakan pembaca untuk berjuang dengan apa cara serta kemampuan yang kita ada setelah memahami dengan lebih mendalam.
Konflik Israel Palestin ini bukan krisis agama semata-mata tetapi pendudukan haram, penjarahan terancang serta pembunuhan besar-besaran.
Ianya krisis kemanusiaan yang disebabkan pelampau zionis
