Mentang-mentang dia cikgu, apa dia igat semua dia tahu ke?
Bila bercakap soal agama, dia la ulama besar sambil jual nama ulama-ulama besar dunia.
Bila bercakap tentang agama lain mengampunya, minta ampun!!!
Hingga Islam pun dia lelong sama taraf agama lain.
Bila bercakap ekonomi, dia la pakar ekonomi seolah teori mikro n makro tu dia yang cipta.
Pongpang pongpang berdegar ulasan ekonomi, sedangkan masa dia jadi Menteri Kewangan dulu, DEB hancur berkecai, kadar kemiskinan tak jauh berubah dan jurang perbezaan pendapatan antara kaum semakin menjauh.
Bila bercakap pasal budaya dan sastera, dia nak juga tunjuk hebat.
Konon habis semua falsafah Yunani dia hafal, habis buku sastera barat dalam otak dia sambil dijualnya juga petikan ayat beberape nama tersohor dalam bidang sastera.
Bab nyanyian pula sehebat MGR dia ni, tapi cuma lagu Azizah je dia ulang banyak kali walaupun melodinya kelaut.
Bab pendidikan pun dia nak juga ada nama sebagai bijak pandai, kerana itu la nasib baik kita semua tak jadi macam nak kata Indo tidak, Melayu tidak, Jawa pun tidak sewaktu diperkenalkan Bahasa Baku dulu.
Dari segi politik, semua orang tahu cita-citanya yang belum kesampaian sejak 30 tahun dulu nak sangat jadi PM.
Habis dicantasnya, cuma dia tetap kalah dengan Tun M.
Dia ingat Tun M cikai macam dia.
Punya la ramai musuh politik dia, habis rakan rapatnya disembelih, yang tinggal cuma pengampu yang taat walaupun diperbodohkan.
Sekarang dia nak bercerita tentang kesihatan pula.
Bising jumlah saringan covid, sedangkan data dari antarabangsa menunjukan Malaysia menjadi salah satu negara yang paling banyak melakukan test covid dan kerana itu la data kesihatan negara dibuktikan tidak menipu terutama tentang jumlah yang dijangkiti kerana begitu banyaknya ujian saringan yang dilakukan.
Dia tanya kenapa turun jumlah ujian?
Dah tu dia nak apa?
Tangkap muat je ke siapa yang KKM suka untuk dibuat test?
Itu kerja gila dan membazir!
Dah betul la apa yang KKM buat sekarang iaitu utamakan saringan contact rapat, praktis sama yang dilakukan banyak negara.
Malah Malaysia diiktiraf menjadi antara negara paling banyak ikut SOP siapa yang perlu menjalani test atau tidak.
Dia ingat pekerja makmal ni robot ke?
Bekerja banting tulang 24 jam untuk melakukan kajian swab test yang tak perlu.
Tu banggang namanya!
Sudah-sudah ler Cikgu Non main retorik politik, semakin menyemak je, bukan nak bantu rakyat pun tapi tak sudah merapu benda yang dia tak tahu tapi buat-buat tahu dan menipu.
Mampu Centre