Pesanan Ringkas, Tapi Mesra

Pesanan Ringkas, Tapi Mesra

Ada baca tak cadangan konon nak lantik TITM jadi PM?

Kepada semua ahli PAS dan yang mengaku menyokong PAS, tolong baca hal-hal politik yang melibatkan apa-apa hubungan dengan rakan politik atau apa-apa keputusan penting dari pimpinan PAS sahaja.

Jangan dengar dari orang yang langsung tiada ada kena mengena dengan PAS, walaupun ayat manis memuji, konon pimpinan PAS kita ini, hebat sangat, baik sangat macam malaikat.

Puji melangit pimpinan kita pun, yang memuji, tak juga masuk PAS.

Cukup kita kata alhamdulillah bila pimpinan kita dipuji, tak perlu sambut sebarang cadangan lain.

Kita jangan beli idea yang cuba nak pecahkan kubu kita.

Sepanjang masa krisis, PAS mendiamkan diri dengan hanya beberapa kenyataan perlu sahaja dikeluarkan.

Mungkin ada yang nak mengajak PAS sama-sama keluar, dan berjoget bersama-sama mereka.

PAS tak kebulur jawatan insyaAllah, tak perlu diumpan.

PAS menghormati PN dan MN.

Jadi kita sebagai ahli dan penyokong, kena faham asas yang cukup penting ini.

Oleh itu, jangan sesekali percaya kepada orang lain yang cuba aturkan pimpinan kita sepatutnya duduk kat mana.

Boleh tolong sebar mesej ni banyak-banyak?

Terima kasih.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis