“Rumoh ni ade orang dok?” tanya YB Ustaz Wan Sukairi.
Soalan itu diulang berkali-kali sambil membawa satu kotak air minum.
Setiap rumah diberikan 2 kotak air minum.
Satu kotak ada 12 botol besar.
Jadinya, 24 kotak untuk setiap rumah berpenghuni. (Melihat kepada live last pagi tadi).
Melihat pada krisis air di beberapa kawasan Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi banyak menghulurkan bantuan.
Mengagihkan sendiri kotak yang dipenuhi botol dari rumah ke rumah.
Dari pagi sampai ke petang.
Kalian dapat lihat sendiri aktifnya YB melalui Facebooknya.
Setiap hari paling kurang ada satu Live menunjukkan keprihatinan beliau.
Kerana itu apabila melihat tema kemerdekaan tahun ini, Malaysia Prihatin, terus terbayangkan YB Ustaz Wan Sukairi.
Pagi ni, sudah beberapa kampung dijenguk untuk memberikan bantuan air minum.
Memudahkan mereka yang ada masalah air.
Pagi ni fokusnya pada Dun Tepoh.
2 hari lepas, untuk meraikan Hari Kemerdekaan, YB mengagihkan bendera Malaysia untuk dilekatkan pada kereta, lori, motorsikal dan van.
Seronok saya tengok.
Bahkan, saya yakin ramai yang suka dengan sikap yang ditunjukkan YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.
Keprihatinan, kesungguhan, kekuatan yang ada pada beliau kadang menjadi inspirasi untuk rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Terengganu sendiri.
Terima kasih banyak ustaz.
Sungguh, jasa ustaz hanya Allah yang dapat balas.
Semoga diberikan kesihatan dan dipermudahkan semua urusan. In sha Allah.
Ps: Sempat bergambar sebelum ni kerana kedua-duanya, Ustaz Wan Sukairi dan Ustaz Kamaruzaman Albasungi kenal arwah ayah, Ustaz Sham Bakar.
Amiratul Huda