13,000 Waris Masih Belum Mohon Bantuan RM5,000 Dari NADMA

13,000 Waris Masih Belum Mohon Bantuan RM5,000 Dari NADMA

Masih terdapat ramai waris atau ahli keluarga pesakit yang kehilangan orang tersayang akibat akibat Covid-19 belum membuat permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 (BKPC).

Menurut agensi yang mengendalikan bantuan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata terdapat kira-kira 13,000 waris yang belum membuat permohonan dan setakat ini hanya menerima 4,311 permohonan BKPC dengan 3,496 daripadanya layak, lengkap permohonan dan sudah melalui proses verifikasi data daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan bantuan itu.

“Hanya waris si mati bagi kematian berkaitan COVID-19 membabitkan warga tempatan di Malaysia saja boleh memohon bantuan khas ini.

“Jadi, saya meminta waris membuat permohonan kerana ruang masih terbuka,” kata Ketua Pengarah NADMA, Datuk Aminuddin Hashim pada sidang media hari ini.

BKPC adalah bantuan sekali bayar RM5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus Covid-19.

Bantuan Khas Covid-19 pula adalah bantuan RM100 sehari (maksimum 14 hari) bagi mereka yang menerima Perintah Kuarantin Covid-19 daripada KKM, menjalani rawatan Covid-19 di wad hospital atau menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) atas arahan KKM.

Aminuddin berkata, setakat kelmarin pihaknya sudah menyalurkan RM16.1 juta kepada 3,235 waris bagi BKPC dan RM22.2 juta kepada 16,722 pesakit menerusi Bantuan Khas COVID-19.

BKPC adalah bantuan sekali bayar RM5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus Covid-19.

Bantuan Khas COVID-19 pula adalah bantuan RM100 sehari (maksimum 14 hari) bagi mereka yang menerima Perintah Kuarantin Covid-19 daripada KKM, menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital atau menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) atas arahan KKM.

Mengulas kelewatan pemprosesan permohonan bantuan, Aminuddin berkata, ia antara lain disebabkan permohonan berganda, kematian di luar fasiliti KKM, akaun bank tidak aktif, selain terpaksa melihat semula permohonan daripada mereka yang memang sudah disahkan tidak layak mendapat bantuan itu.

Beliau berkata, tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap diperlukan pihaknya bagi memproses permohonan bantuan, termasuk proses verifikasi dan padanan data daripada KKM.

“Jika data itu ada dalam portal KKM, kita boleh terus proses,” katanya.

Aminuddin berkata, bagi mereka yang masih tidak mendapat jawapan permohonan selepas 30 hari, pemohon boleh menghubungi NADMA melalui e-mel admin@nadma.gov.my dan bkcovid19@nadma.gov.my.

Kesihatan