Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November sebagai hari pengundian untuk pilihan raya negeri Melaka.
Hari penamaan calon adalah 8 November dan pengundian awal akan diadakan pada 16 November.
Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR mengenai pilihan raya negeri Melaka di sini hari ini.
Bernama