Kenapa Mufti Terasa?

Kenapa Mufti Terasa?

Saya lihat takde apa pun dalam kenyataan MB Kedah yang boleh Tok Mufti terasa hati.

Sepatutnya Tok Mufti ucapkan tahniah kerana ada seorang MB Negeri jiran berani menghalang perkara mungkar.

Atau sekurang-kurangnya Tok Mufti berdiam diri supaya tak senada dengan pimpinan lain yang tak suka pengharaman itu dilaksanakan.

Soal bajet kepada institusi agama dan aktiviti agama Islam yang diluluskan oleh Pulau Pinang itu tiada kaitan pun untuk menjadikan Tok Mufti tersentuh.

Sebab kenyataan MB Kedah tiada kaitan pun dengan bajet itu.

Setahu saya MB kedah cuma cakap “siapa nak berjudi pi Pulau Pinang laa, sebab Kedah dah tutup primis judi”.

Betul laa tu, tak kan nak kata “orang Kedah yang kebuluq nak berjudi boleh pi Singapore”.

Bila sebut Pulau Pinang sekurang-kurangnya umat Islam Pulau Pinang akan berusaha untuk desak kerajaan DAP dan juga Institusi agama di Pulau Pinang agar menutup judi.

Kalau tak nak tutup wajib tukar kerajaan.

Ganti dengan kerajaan yang sanggup melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar.

RELEKS dan TENANG.

Insyallah kita pakat-pakat daulatkan Islam.

Kalau tak berupaya sorang kita buat ramai-ramai.

Yang penting kita beri sokongan kepada pelaksanaannya.

Mudah-mudahan Institusi Agama di Pulau Pinang tutut menasihati pemimpin negeri itu agar mengharamkan arak dan judi.

Kalau mereka nak dengar.

Kalau tak nak dengar kita kempen pulak tukar Kerajaan Negeri.

Atau macam mana?

Ustaz Mokhtar Senik

Kolumnis