PN Mampu Bentuk Kerajaan Melaka – Tinjauan Ummah

PN Mampu Bentuk Kerajaan Melaka – Tinjauan Ummah

Tinjauan di lapangan memberi indikasi bahawa Pakatan Nasional (PN) mampu membentuk kerajaan negeri Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung 20 November ini.

Menurut Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Mohd. Zai Mustafa, pihaknya telah mengadakan temu bual secara bersemuka di lima kawasan pilihan raya dan hasilnya menunjukkan pengundi cenderung memilih calon dan parti yang tidak terpalit rasuah.

Mohd. Zai berkata, dapatan temubual menunjukkan PN mampu mendapat majoriti dalam pilihan raya ini
berkata, keyakinan mereka itu dibuat berdasarkan tinjauan lapangan yang dilakukan oleh ‘pasukan pemantau bebas’ Ummah.

Ummah meramalkan PN akan memenangi kerusi majoriti di Melaka dan bakal membentuk kerajaan negeri selepas 20 November ini.

“Temu bual dibuat secara rawak di lima bahagian (DUN) pilihan raya yang berumur antara 20 hingga 45 tahun selama sembilan hari yang melibatkan hampir 1,000 responden.

“Antara soalan yang ditanya ialah sikap pengundi kepada gejala rasuah dan pilihan sukaan kepada tiga pemimpin utama parti politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zai dapatan kajian tersebut menunjukkan 92 peratus daripada responden menolak gejala rasuah dan 54 peratus pula sukakan Presiden PN, Muhyiddin Yassin, kerana dianggap cakna kepada kebajikan rakyat semasa pandemik Covid-19.

Kesimpulannya kata, Mohd. Zai, pengundi mahukan pemimpin yang bersih dan tidak terpalit dengan gejala rasuah serta pemimpin yang cakna kepada kebajikan rakyat.

PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini bagi memilih kerajaan baru untuk menerajui negeri itu.

Pada pilihanraya ini, PN meletakkan calon di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan. Lapan daripada kerusi tersebut diwakili Pas.

Ia sekali gus menyaksikan pertembungan tiga parti utama di setiap kerusi iaitu BN, PN dan Pakatan Harapan (PH).

Selain itu PRN Melaka turut disertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan sejumlah calon bebas. 

Politik