Setakat ini, hampir RM101B telah dikeluarkan menerusi i-Lestari, i-Sinar & i-Citra.
Ahli-ahli dibenar mengeluarkan simpanan hingga RM71,000 bagi mengurangkan impak luar biasa pandemik COVID-19 terhadap rakyat.⠀⠀⠀⠀
Mengambil contoh banjir sekarang, pada 2014 Malaysia juga dilanda banjir teruk, namun pengeluaran KWSP tidak dibolehkan.
Begitu jugalah pendekatan Kerajaan hari ini.
Selain bantuan seperti BPR, BKC, BKP, Kerajaan juga menyediakan bantuan tunai mencecah RM10,000 bagi setiap isi rumah terkesan banjir dan sehingga RM61,000 bagi yang mengalami kemusnahan total.
Dengan langkah ini, pencarum tidak perlu risau tentang simpanan dan dividen KWSP. ⠀⠀⠀
Ini fakta yang perlu anda tahu:⠀⠀⠀⠀⠀
Hampir 50% (6 juta) pencarum mempunyai baki caruman <RM10,000. Bermakna 6 juta pencarum ini tidak menerima manfaat pengeluaran tambahan KWSP. 74% daripada mereka adalah Bumiputra dan lebih membimbangkan, 79% mempunyai <RM1,000. Jika betul pihak ini ingin memperjuangkan nasib orang Melayu, walaupun maklum ramai yang tidak mempunyai cukup simpanan, apakah niat sebenar memperjuangkan pengeluaran tambahan?⠀⠀⠀⠀
Pesara perlu RM240,000 untuk bersara selama 20 tahun dengan RM1,000 sebulan. Dengan simpanan <RM10,000, 6 juta ahli ini tidak dapat bersara dengan selamat⠀⠀⠀⠀
Pengeluaran tambahan akan menjadikan jumlah pencarum dengan simpanan <RM10,000 meningkat kepada hampir 7 juta⠀⠀⠀⠀
Pengeluaran tambahan juga akan memaksa KWSP melupuskan pelaburan, sekaligus mengurangkan dividen ahli. Ini akan mewujudkan impak susulan kepada pasaran bon dan saham negara, mengakibatkan keruntuhan keyakinan pelabur dalam & luar negara⠀⠀ ⠀⠀
Terdapat juga RM270 bilion yang boleh dikeluarkan oleh ahli berumur lebih 55 tahun & tidak lagi tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran.
Jika mereka sangsi halatuju KWSP, simpanan boleh dikeluarkan bila-bila masa & memaksa pelupusan lebih banyak pelaburan KWSP, dan terus menurunkan nilai dividen ahli.⠀⠀⠀⠀
Dalam memenangkan kebajikan rakyat, langkah populis yang dicadang sesetengah pihak bukanlah langkah yang tepat.
Akhirnya, rakyat juga yang akan terkesan pada jangka masa panjang dan anak cucu kita yang dibebani dengan kos menampung warga tua.
Tengku Zafrul Aziz
Menteri Kewangan Malaysia
