Sekarang bising perihal nak bubar Parlimen, Agong setakat ni tak melayan.
Aku kalau boleh, nak jer bagitahu Agong, jaga-jaga tuanku dengan Umno ni, kalau dia tak dapat hajat dia, dia mengamuk sakan.
Dulu satu kes, dengan Agong juga, elok jer dia orang binatangkan jer Agong sebab dia pilih MB lain, tapi Agong nak pilih yang lain.
Eh ramai jugaklah orang dia berkumpul.
Siap buat banner, maki Tuanku.
Nah sekarang ni pulak, Umno buat perangai lagi.
Nanti entah apa yang dia orang nak umpamakan Agong sebab tak bubar-bubar lagi.
Jangan main-main dengan Umno, kalau dah dia mengamuk, dia buat bodoh, bodoh sungguh.
Tapi tidak mengapa Tuanku, jangan Tuanku berhati walang, kerana rakyat akan bersama Tuanku.
Waktu Agong dari Terengganu berangkat pulang ke Terengganu selepas Umno binatangkan baginda tahun 2008, rakyat berkumpul dan melaungkan Daulat Tuanku sepanjang jalan kira-kira lima kilometer dari airport, bagi menyatakan sokongan kepada Agong.
Katanya, puluhan ribu rakyat berbaris menunggu Agong waktu itu.
Dan di Besut, Umno di situ juga buat sambutan kepada ketua dia.
Dan apabila Agong tamat tempoh tahun 2011, pada hari yang sama, Umno Besut dilihat mengibarkan bendera separuh tiang.
Entah kebetulan ke apa.
Padahal tahun 2008, Umno dah hilang empat kerusi daripada asalnya empat, PAS dapat lapan.
Selepas berkelahi dengan Tuanku 2008, 2013, Umno hilang lagi tujuh kerusi, enam PAS rampas, satu PKR dapat.
Tahun 2018, hilang terus satu negeri.
Tu lah, main-main lagi dengan Tuanku.
Masa Umno nak tarik imuniti raja-rajapun, dia orang bogelkan hampir semua raja-raja.
Ugutan kepada almarhum Sultan Terengganu dibuka semua kes tuntutan tahkta oleh Sultan Ali.
Krisis dengan istana tahun 1992 itu, membawa kepada pengubahan kuasa Sultan di Dewan Undangan Negeri dan Agong untuk Parlimen.
Apa-apa sahaja, enakmen atau akta yang memerlukan tandatangan Sultan dan Agong, jika tidak ditandatangani dalam masa tempoh beberapa hari, akan dikira sebagai lulus.
Begitulah Umno, kalau sudah berkelahi. Macam berbelit-belit.
Eh, orang PH nanti dulu, jangan sibuk gelakkan Umno.
Kau pun lebih kurang sama, masa Agong dari Kelantan ampunkan Anwar, kau puji melangit.
Bila Agong lambat sedikit buat majlis angkat sumpah PM, kau celakakan Agong.
Apa kurang kau dengan Umno?
Sangat beruntung Agong dari Pahang yang sangat pintar untuk mengelakkan pertembungan.
Lihat cara Tuanku selesaikan kekusutan krisis negara ketika Tun meletakkan jawatan sebagai PM.
Dan akhirnya rakyat menang.
Jadi semoga kali ini juga, ia akan berpihak kepada rakyat.
Tapi Tuanku, jika mahu teruskan juga PRU, apa daya kami, tetapi kami benar-benar berharap ia tidak akan berlaku dalam masa yang terdekat.
Cuma perlu diingat perangai parti mana yang selalu menyusahkan, jelas PAS bersih daripada menyusahkan rakyat dan istana.
Mohd Nasir Abdullah
