Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Menghilangkan berombak dada yang berdebar-debar
Takut juga nanti rakyat hilang sabar
Sebab gelojoh nakkan PRU semasa sukar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Yang dahulu kalah, kini mengharap sinar
Yang jahat dulu, mulai taubat tak buat onar
Yang menang sekarang, rasa juga takut dan gementar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Hampir lima tahun, terasa sebentar
Banyak duit negara terpaksa dikeluar
Sebab Covid, bantuan kena diedar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Tunggulah sekejap, pasti fitnah tersebar
Menyerang musuh tak tersedar
Serangan datang, tiada terkesan dek radar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Internet kini, pengganti akhbar
Berita yang mengarut hanya untuk menggegar
Isinya kosong atau hanya sekadar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Belum pun sejam, tarikh mengundi dah diuar-uar
Hari Isninkan cuti, tutup Pejabat SPR
Tak sempat-sempat nak jadi penyebar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Pastinya nanti pengundi menjadi sukar
Jika terpaksa memilih dalam banjir besar
Kerana nasihat agensi, Zahid tak mahu dengar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Anak-anak mudalah yang paling kita gusar
Takut terpengaruh dengan fitnah PKR
Sudah terbukti jelas yang salahpun, PKR kata benar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Rasuah dalam DAP, sudah menjalar
Kononnya telus, tapi mereka buat masa rakyat tak sedar
Akhirnya didakwa, saksi mati, mereka masih nak ‘konar’
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Khadam DAP, beritanya sudah lama tak dengar
Rakyat tak layan sebab Pan cakap berputar
Sanggup mereka, kepada DAP, menjadi akar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Banyak-banyak parti semua terbukti beronar
Hanya satu yang masih segar
Itulah PAS yang paling penyabar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Lihat sendiri, cerita fitnah, jangan didengar
PAS memerintah, bantuan bersasar
Semua agama dan bangsa, hak mereka dijaga, dipagar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Indah sungguh praktikal Islam yang diajar
PAS pegang, kerana ia dari Yang Maha Besar
Pastinya sempurna, tanpa ada calar
Sebab itulah nak kalahkan PAS semakin sukar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Jangan diundi mereka yang agamapun, sanggup dia cabar
Mahupun jenis yang suka berbuat makar
Ataupun penyokong LGBT yang jauh tersasar
Akhirnya sungguh, Parlimen bubar
Undilah parti yang berjalan atas jalan yang benar
Menjaga harta rakyat, hutang dibayar
Islam kekal, tidak akan ditukar
Rakyat dapat habuan dunia, akhirat sebagai nilai terbesar
Rakyat mana? Rakyat Kelantan, Terengganu dan Kedah, mereka semua tersenyum lebar
*Makar (perkataan arab) bermaksud tipu daya
TeguhPertahan
Mohd Nasir Abdullah
