PRU 15 Siri 2: PAS Bukan Agama

PRU 15 Siri 2: PAS Bukan Agama

Undilah PAS kerana PAS bukan agama. Agama tidak wajar diundi. Agama mesti dianuti secara seluruhnya.

Ketika zaman Nabi, untuk menubuhkan negara Islam, hijrah adalah jalannya.

Untuk mendaulatkan Islam, jalannya dakwah dan ada ketikanya diwajibkan berperang.

Di zaman kita, ada jalan dakwah dan lapangan demokrasi yang dibentang.

Dengan waqi’ yang ada, tiada keperluan untuk mengangkat senjata.

Justeru PAS memilih kaedah muwajahah silmiyah yang damai dan menyelamatkan umat.

Jalan PAS ialah dakwah, politik dan tarbiyah.

Melalui 3 jalan inilah, PAS cuba mendaulatkan Islam di bumi Jawi ini.

Jelas, PAS hanyalah wadah untuk melaksanakan tuntutan Ilahi.

Wadah tidak pernah sempurna kerana yang menggerakkannya adalah manusia.

Namun hanya PAS satu-satunya yang bergerak dengan dasar yang jelas berpandukan al-Quran, hadis, ijmak dan qias.

Para pengundi boleh semak dasar parti-parti selain PAS.

Adakah parti-parti lain badan tertingginya juga adalah Majlis Syura Ulama?

Fikir-fikirkan agar keluar mengundi dengan fikiran yang cukup jelas.

Apabila menang dan jadi wakil rakyat, pemimpin PAS buat kerja untuk rakyat.

Bekerja 7 hari seminggu. Ziarah rakyat. Yang sakit, OKU, bermusibah atau terlantar semua disantuni.

Masalah rakyat didengari.

Makin banyak ziarah yang dibuat, makin banyak masalah rakyat diambil berat.

Inilah natijah kepentingan politik PAS.

Politik berintegriti mensejahterakan umat.

Maaf. Wakil rakyat PAS tak pandai bermain golf; sukan yang menemukan orang berdarjat dengan Yang Berhormat.

Tiada masa untuk melancong sedangkan orang lain bersuka ria sampai ke Milan, Paris atau New York.

Lebai, asyik-asyik ke hulu ke ceruk kampung dan taman perumahan, menjinjing bungkusan gandum dan beras sebagai buah tangan.

Kalau ada masa sedikit, dapatlah bersama anak dan isteri di baki masa yang terluang.

Apabila Islam terancam, PAS ajak UMNO dan Melayu bersatu.

PAS lempar pelampung kepada UMNO agar UMNO selamat mencapai tebing.

Dah sampai di tebing PAS paut bahu UMNO.

Lebai lupakan segala pahit permusuhan.

Jiwa lebai terseksa apabila DAP mengusik Islam setelah kuasa di tangan.

Demi Islam, Tuan Guru dan kami keseluruhan yang istiqamah ini menjejaki tangga PWTC.

Itu sejarah yang UMNO mahu lupakan.

Akhirnya, pengundi mesti melihat PAS dengan jiwa yang adil dan bersih.

Apabila bertembung 3 atau 4 penjuru, pastinya undi umat berpecah.

PAS boleh jadi kalah.

Lebai sudah biasa menerima seadanya.

Tetapi maruah dan masa depan Islam nak letak di mana?

Di tangan kluster mahkamah yang menentukan segalanya?

Atau di tangan PH yang DAP pernah berkata, “nak laksanakan Islam, langkah dulu mayatnya”.

Pilihanraya