Semuanya Bermula Dengan Taksub Undi Non-Muslim DAP

Semuanya Bermula Dengan Taksub Undi Non-Muslim DAP

UMNO boleh ditumbangkan dengan mudah pada PRU15 andai PKR sanggup meninggalkan DAP/PH.

Gabungan PAS, BERSATU, Gerakan, PKR dan parti-parti di Sabah dan Sarawak mampu menamatkan ego kuasa UMNO.

UMNO tak akan berkutik lagi.

Persoalannya, sejauh mana Anwar dan PKR sanggup melupakan ketaksuban terhadap undi Non-Muslim DAP?

Bukan undi non-muslim tidak penting.

PAS sendiri tidak pernah meminggirkan undi non-muslim.

Buktinya, PAS mengaktifkan Dewan Himpunan Pendokong PAS yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Tuan Guru Presiden PAS sendiri sanggup menerima Gerakan dan STAR duduk bersama-sama dalam Perikatan Nasional.

Dan sudah berkali-kali TG Haji Hadi menjelaskan bahawa PAS sanggup bersama-sama dengan parti-parti bukan Melayu yang tidak ekstrim.

Sepatutnya kenyataan begini sudah cukup untuk membuka minda masyarakat majmuk.

Malangnya ketaksuban Anwar dan pemimpin AMANAH terhadap undi non-muslim amat melampau sehingga sanggup membuang bangsa sendiri.

Anwar lebih rela membawa PKR bersama DAP kerana yakin DAP adalah pemegang anak kunci undi Cina dan India.

AMANAH lagilah anak butir DAP.

Dari mulut AMANAH-lah terkeluarnya kata-kata “kafir yang jujur lebih baik daripada muslim yang korup” yang menggambarkan AMANAH bukan sahaja sanggup sebantal, malah rela semimpi dengan DAP; sekurang-kurangnya buat masa kini.

Penulis amat optimis bahawa PAS juga akan berlapang dada untuk menerima AMANAH jika AMANAH bersedia meninggalkan DAP.

Mat Sabu boleh cuba tengok benar atau tidaknya.

Allah memberi kemenangan sementara selama 22 bulan untuk para pentaksub undi non-muslim DAP.

Kemudian Allah tarik dengan begitu hina sekali.

Bukan kerana PAS atau UMNO mengadakan demonstrasi jalanan.

Tetapi PH tumbang dengan cara yang tak pernah terfikirkan oleh kepala otak manusia.

Sungguh ini adalah kerja dan perancangan Allah.

Tiada seorang pernah terfikir Mahathir akan menumbangkan kerajaannya sendiri.

Kalaulah orang Melayu dalam PKR dan PAN bermuhasabah, tentulah mereka melihat musibah kejatuhan kerajaannya sebagai ‘balasan’ Allah.

Tetapi tidak, mereka tetap menyalahkan PAS dan UMNO konon mendirikan kerajaan pintu belakang.

Allah beri semula ruang kepada UMNO untuk kembali berkongsi kuasa.

Dari itik patah kaki, UMNO semakin bertenaga lalu merasakan dia tidak perlu ditongkat lagi.

Keegoan UMNO semakin memuncak.

Kluster mahkamah mencetuskan fenomena palsu bahawa UMNO boleh menang besar secara solo dalam PRU15.

Indikatornya semata-mata PRN Melaka dan PRN Johor.

Kesombongan UMNO tidak boleh dilenturkan lagi.

Mereka ‘menghalau’ PAS dengan sindiran dan kata-kata yang pedas.

Kerana PAS amat berharap perpaduan ummah diuatamakan dalam menghadapi PRU15, UMNO ‘mengajar’ PAS dengan 3 syarat yang tak berkesudahan.

Zahid tersenyum lebar meletakkan PAS dalam situasi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Kini UMNO dibenci di sekeliling pinggang.

Orang PAS semakin membenci UMNO kerana perangai kluster mahkamah.

Orang BERSATU pun membenci UMNO. PH apa lagi.

Pejuang, MUDA dan Putra juga menyampah dengan UMNO.

Maknanya, semua Melayu kecuali penyokong dan ahli tegar UMNO, sudah membenci UMNO yang sombong dan korup.

PAS dijangka membuat kata putus untuk kekal bersama BERSATU/PN dan menolak ‘3 syarat UMNO’ Sabtu ini.

Kalaulah Anwar tidak lagi taksub kepada DAP yang ekstrem, PAS dengan berlapang dada boleh menerima PKR.

PN yang diperkuatkan lagi oleh PKR mampu membungkus UMNO sekali lagi.

Kalau UMNO jatuh sekali ini, UMNO tidak akan dipapah lagi.

Biarkan UMNO mereput dan bersemadi menjadi sejarah kesombongan.

Pilihanraya