PRU 15 Siri 5: Mengapa Anak Muda Wajib Bersama PAS?

PRU 15 Siri 5: Mengapa Anak Muda Wajib Bersama PAS?

Kini seawal usia 18 tahun kalian dipertanggungjawabkan untuk menentukan halatuju politik negeri dan negara melalui peti undi.

Nilai undinya tetap sama dengan undi seorang dewasa.

Dengan perbezaan satu undi, demokrasi akan mengangkat sesiapa sahaja yang kalian suka.

Tetapi amanah pentadbiran bukan masalah suka atau tidak suka.

Politik ialah persoalan tentang kejujuran, amanah dan integriti?

Apabila diberi kuasa adakah matlamat Islam yang diutamakan?

Apabila menjadi wakil rakyat, suara dan survival siapa yang diperjuangkan?

Inilah yang perlu diperkira.

Bukan janji kosong atau sedikit imbuhan penggelap mata.

Memangkah itu mudah wahai anak muda.

Hanya dengan dua goresan bersilang, undi kalian sudah layak dibilang.

Namun implikasi pemilihan besarnya bukan kepalang.

Dengan undi tersebut, mungkin diangkat seorang budiman yang banyak memberi pedoman.

Mungkin terangkat seorang liberalis yang merosakkan jatidiri anak bangsanya sendiri.

Dan mungkin terjulang seorang kleptokrat yang genius menyonglap duit rakyat.

Semuanya memberi kesan besar untukmu wahai anak muda.

Kalian mungkin cenderung kepada kebebasan dan hiburan.

Seorang yang budiman akan memandu kalian pada kebebasan dan hiburan yang sopan.

Seorang liberalis mampu menawarkan keseronokan tanpa batasan yang berakhir dengan kehancuran.

Manakala seorang kleptokrat boleh merompak harta negara sambil senyum ketawa.

Pilihan di tangan kalian wahai anak muda.

Masuklah gelanggang politik dengan ilmu; bukan dengan akal kosong yang menjadikan kalian keliru.

Masuklah gelanggang politik dengan melihat sejarah silam kesilapan bangsamu.

Singapura terlepas ke tangan orang.

Pulau Batu Putih tergadai.

Tanah rezab Melayu semakin berkurang.

Dan sebutir gunung ke tangan seorang tauke perjudian.

Wahai anak muda, ayuhlah berjuang demi agama dan bangsamu.

Kalau 10 orang tenagamu bisa merubah nasib desamu.

Pasti 1,000 pemuda boleh merubah negeri kesayanganmu.

Dan tentunya 100,000 pemuda yang ‘ada jiwa’ mampu mencorakkan seluruh tanah airmu.

PAS/PN sangat memerlukan undi kalian.

Gandingan seorang ‘Abah’ yang amat prihatin ketika menjadi Perdana Menteri.

Dengan seorang ulama murabbi yang dihormati di dalam dan luar negeri.

Bersama dua insan hebat ini, kita ajar itik patah kaki.

Dan penipu yang masih terngiang berkata manifesto bukan kitab suci.

Pilihanraya