Datuk Seri Takiyuddin Hassan: Win In Silence

Datuk Seri Takiyuddin Hassan: Win In Silence

Ramai orang kata, YB. Datuk Seri Takiyuddin Hassan begitu lantang sebelum menjadi kerajaan, tetapi, diam setelah menjawat jawatan.

Tahukah mereka, selama dua tahun YB. Datuk Seri Takiyuddin Hassan memegang dua portfolio kementerian, sudah banyak dasar polisi yang dipinda dan diperkasa demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Ketika YB. Datuk Seri Takiyuddin sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang), berikut merupakan kejayaan beliau.

1. Pindaan RUU Insolvensi yang menaikkan nilai ambang hutang minimum, bagi mengemukakan petisyen kebankrapan, daripada RM50,000 kepada RM100,000.

2. Pindaan RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 2020 dan mengubah suai 16 perundangan yang melibatkan kepentingan rakyat.

3. Pindaan RUU Mahkamah Kehakiman dan RUU Mahkamah Rendah untuk membolehkan prosiding dijalankan melalui rangkaian video atau televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain.

4. Pindaan RUU Kaedah Mahkamah Rendah berhubung dengan keanggotaan Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah.

5. Penubuhan Pusat Mediasi COVID-19.

6. Ordinan Darurat bagi membendung tularan COVID-19 yang menjejaskan kehidupan ekonomi rakyat.

7. Mengusahakan pelaksanaan Undi 18 secara automatik.

8. Pengiktirafan program Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Manakala, ketika YB. Datuk Seri Takiyuddin sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, berikut merupakan kejayaan beliau.

1. Pindaan RUU Pemuliharaan Hidupan Liar yang memperkasa aspek penguatkuasaan undang-undang dan pemuliharaan hidupan liar di Malaysia.

2. Pindaan RUU Harta Pusaka Kecil yang bersesuaian dengan tuntutan kenaikan nilaian hartanah semasa untuk memenuhi keperluan rakyat dalam urusan pembahagian harta pusaka si mati.

3. Pindaan RUU Perhutanan Negara buat kali kedua selepas 29 tahun (1993).

4. Penstrukturan semula ekonomi dengan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan melalui penawaran kuota solar baharu di samping menyediakan akses kepada Tenaga Boleh Baharu (TBB) untuk membantu syarikat-syarikat memenuhi komitmen Environmental, Social & Governance (ESG).

5. Meningkatkan kesejahteraan sosial menerusi tiga perkara utama yang melibatkan urusan pembahagian pusaka, perlindungan hidupan liar serta habitatnya, dan peningkatan ekonomi rakyat.

“Habis, kenapa tak cerita kat orang?”

Siapa kata tak cerita?

Semua ini dah dilaporkan dalam akaun rasmi media sosial beliau dan kementerian.

Malah, dilaporkan juga dalam media-media arus perdana.

Mungkin kekurangannya adalah apabila tarbiyah bekerja melebihi ‘berkata-kata’ dalam jemaah, masih menjadi budaya kerja ahli PAS.

Tidak hairanlah apabila tiadanya video-video Tik-tok dan ‘posting’ panjang menghebohkan perincian setiap tindakan di media sosial umpama beliau seorang sahaja yang bekerja.

Cukuplah heboh yang utama, dan jalankan amanah dengan sebaiknya.

Inilah namanya, “Win in Silence”! Let the result speak itself!

Respect!

Undilah PERIKATAN NASIONAL : Prihatin, Bersih dan Stabil.

Pilihanraya